Disini hanya sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya.Hanya sekadar menulis untuk meluahkan idea atau perbincangan dengan lebih luas untuk jawapan yang lebih kreatif,inovatif dan efektif.
Tuesday, November 17, 2009
Apa Itu GRAFIK?
Grafik merupakan tulang belakang untuk menghasilkan produk multimedia seperti yang dilihat di pasaran hari ini. Penggunaan grafik memerlukan pengguna atau pembangun perisian kursus multimedia faham dan tahu bagaimana hendak merealisasikan grafik dengan lebih berkesan. Penghasilan produk multimedia memerlukan kombinasi grafik yang menarik. Dengan itu, elemen-elemen seperti gambar, klip art, fotograf dan garisan adalah penting untuk membangun dan menghidupkan latarbelakang serta karaktor.
Selain itu, juga penting untuk kandungan maklumat. Grafik boleh dibangunkan dengan mengguna pelbagai alatan termasuk perisian melukis seperti Paint Shop Pro, Illustrator dan Adobe Photoshop. Selain itu, ia boleh direalisasikan dengan bantuan pengimbas imej dan kamera digital.
No comments:
Post a Comment