Thursday, November 19, 2009

Apa itu Website ?

Apa itu Website ?


Website adalah halaman informasi yang disediakan melalui jalur internet sehingga bisa diakses di seluruh dunia selama terkoneksi dengan jaringan internet. Website merupakan komponent atau kumpulan komponen yang terdiri dari teks, gambar, suara animasi sehingga lebih merupakan media informasi yang menarik untuk dikunjungi. Secara garis besar, website bisa digolongkan menjadi 3 bagian yaitu:
  • Website Statis
  • Website Dinamis
  • Website Interaktif
Website Statis adalah web yang mempunyai halaman tidak berubah. Artinya adalah untuk melakukan perubahan pada suatu halaman dilakukan secara manual dengan mengedit code yang menjadi struktur dari website tersebut.
Website Dinamis merupakan website yang secara struktur diperuntukan untuk update sesering mungkin. Biasanya selain utama yang bisa diakses oleh user pada umumnya, juga disediakan halaman backend untuk mengedit kontent dari website. Contoh umum mengenai website dinamis adalah web berita atau web portal yang didalamnya terdapat fasilitas berita, polling dan sebagainya.
Website Interaktif adalah web yang saat ini memang sedang booming. Salah satu contoh website interaktif adalah blog dan forum. Di website ini user bisa berinteraksi dan beradu argument mengenai apa yang menjadi pemikiran mereka. Biasanya website seperti memiliki moderator untuk mengatur supaya topik yang diperbincangkan tidak keluar jalur.

Tuesday, November 17, 2009


Apa Itu GRAFIK?
Grafik merupakan tulang belakang untuk menghasilkan produk multimedia seperti yang dilihat di pasaran hari ini. Penggunaan grafik memerlukan pengguna atau pembangun perisian kursus multimedia faham dan tahu bagaimana hendak merealisasikan grafik dengan lebih berkesan. Penghasilan produk multimedia memerlukan kombinasi grafik yang menarik. Dengan itu, elemen-elemen seperti gambar, klip art, fotograf dan garisan adalah penting untuk membangun dan menghidupkan latarbelakang serta karaktor.

Selain itu, juga penting untuk kandungan maklumat. Grafik boleh dibangunkan dengan mengguna pelbagai alatan termasuk perisian melukis seperti Paint Shop Pro, Illustrator dan Adobe Photoshop. Selain itu, ia boleh direalisasikan dengan bantuan pengimbas imej dan kamera digital.

Senarai Artikel: Hakikat Sebenar Perniagaan Internet?


Hakikat Sebenar Perniagaan Internet?

Jika anda seorang pembaca setiap blog ini dari dahulu lagi, saya yakin anda masih ingat tulisan bersiri saya selama dua minggu iaitu 14 siri tulisan mengenai Hakikat Sebenar Perniagaan Internet. Siri artikel itu adalah berkisar kepada mentaliti, prinsip, motivasi, asas dan tapak di dalam perniagaan Internet.
Namun saya pasti, jika anda baru sahaja mengenali blog ini, saya rasa tulisan-tulisan saya ini amat bermanfaat untuk anda. Bacalah dan ambil mana yang baik…
  
Hakikat 1: Perlu Tahu Asas Komputer dan Internet  

Hakikat 2: Anda Perlu Tahu Bagaimana Berniaga di Internet  

Hakikat 3: Anda Perlu Ada Mentor, Kumpulan dan Mastermind Group  

Hakikat 4: Anda Perlu ke Seminar atau Bengkel 

Hakikat 5: Anda Perlu Jauhkan Diri Daripada Mereka yang Negatif  

Hakikat 6: JANGAN Target Pendapatan Besar Dalam Masa Singkat  

Hakikat 7: Anda Perlu Usaha Kuat, Konsisten dan Fokus 

Hakikat 8: Sentiasa Mencuba (Trial & Error)  

Hakikat 9: Anda Perlu Sanggup Melabur (keluar modal)  

Hakikat 10: Anda Tidak Perlu Mencipta Formula Baru Untuk Berjaya  

Hakikat 11: Perniagaan Internet Bukan Pelaburan Singkat  

Hakikat 12: Anda Perlu Ada Rangkaian Usahawan, Jangan                    Bersendirian  

Hakikat 13: Perniagaan Internet, Tak Semudah Disangka

Saturday, November 14, 2009

Awas Penipuan Sebegini Di Internet!

Awas Penipuan Sebegini Di Internet!

Kini pelbagai cara orang lakukan untuk menipu di internet. Sasaran mereka tentunya orang yang kurang pengetahuan dalam internet. Orang-orang ini bukan sebarangan orang kerana mereka begitu mahir menyembunyikan identiti dari di kesan oleh pihak berkuasa dan kebanyakan dari mereka adalah orang luar dari Malaysia.

Sejak seminggu lepas saya sering kali dihujani dengan email-email yang meminta saya mengemas kini akaun maybank. Email sebegini saya akan delete terus kerana saya tahu ianya tipu semata-mata. Namun bagi orang yang kurang pengetahuan dalam internet mungkin akan gelabah dan serta merta mengemas kini akaun maybank mengakibatkan maklumat sulit akaun terdedah.

Contoh email yang saya terima..


Si penipu akan mengharapkan anda memberikan maklumat akaun melalui link yang mereka berikan bagi mendapatkan segala maklumat untuk mereka dapat akses ke perbankan internet anda.


Anda lihat sahaja laman web dari link di atas ini. Sebiji sama seperti maybank2u online. Sebab itu orang yang kurang pengetahuan dalam internet akan terpengaruh.


Namun bagi mereka yang tahu, nampak sangat la penipuan ini kerana domain website ini entah apa-apa.. Cuba anda perhatikan domain laman web si penipu!.

Berbeza sangat-sangat dengan laman web sebenar maybank2u http://www.maybank2u.com.my/
Alamat email juga jauh berbeza dan nampak sangat menipu..

Jadi anda perlu berhati-hati dengan penipuan sebegini. Pihak bank tidak akan sewenang-wenangnya meminta maklumat peribadi akaun anda. Rasanya memang tak pernah pun sepanjang saya melibatkan diri dengan internet. Kebiasaannya bank akan mengirimkan surat terus ke rumah jika melibatkan akaun dan maklumat peribadi yang meminta anda berurusan di kaunter bank.
Huraian dari post ini:
  • Jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun anda di internet. Delete terus email yang meminta anda mengemaskini akaun dan buat aduan pada pihak bank. Bank tidak akan meminta maklumat akaun anda di internet!.
  • Siasat dan pastikan alamat email dan domain adalah 100%  sama dengan yang di daftarkan oleh bank tersebut.
  • Buat pertanyaan jika anda was-was terhadap sesuatu. Telefon bank sendiri atau tanya melalui forum-forum atau tanya dari mereka yang banyak pengetahuan dalam internet atau tanya kawan-kawan atau tanya sesiapa sahaja yang anda rasa sesuai.




Friday, November 13, 2009

Perlu Lebih Kreatif Dalam Promosi Perniagaan Internet Anda


Dalam apa jua perniagaan anda perlu lebih kreatif. Lebih-lebih lagi dalam arena perniagaan internet ini kerana modul yang akan menarik minat seseorang untuk membeli produk anda ialah persembahan perniagaan internet anda. Tentunya persembahan yang lebih kreatif akan menarik lagi ramai orang untuk melihat jualan anda dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pembeli. Setuju dengan saya?

Strategi Pemasaran



Berikan Ia Nafas Baru!



Adakah perniagaan anda hampir mati?

Adakah perniagaan anda sudah nyawa-nyawa ikan?

Adakah bisnes anda sudah tenat?

Atau… Adakah usaha perniagaan anda menemui jalan buntu?


Pelanggan sudah mula cerewet, sudah beralih arah atau sudah susah untuk membeli.

Jika ini berlaku kepada anda, sudah tiba masanya anda MENUKAR STRATEGI.
Saranan ini dicadangkan oleh seorang mentor saya. Jika kita menggunakan cara yang sama sahaja, sudah pasti pelanggan kita akan bosan dan mereka akan mencari yang lain.

Malah kita pun akan bosan dan tidak bersemangat kerana asyik melakukan perkara yang sama sahaja. Kita dan perniagaan kita perlukan ‘nafas yang baru’.
Soalnya bagaimana?



Memulakan perniagaan Internet boleh menjadi mudah dengan tunjuk ajar langkah demi langkah yang betul. Apatah lagi, kini, anda boleh mengikutinya daripada keselesaan rumah anda!


Bila kita ingin membina laman web ,kita tentu akan fikirkan reka bentuk grafik kecualilah jika anda seorang pereka grafik.Sebenarnya kita perlu belajar beberapa teknik asas dan yang lain boleh dibuat oleh yang lebih pakar.

Bagi sesetengah web master yang mempunyai banyak laman web mereka boleh mengupah pereka web atau pereka grafik.Jika anda tiada berkemampuan anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan asas untuk membina laman web anda.Jadi suatu perisian grafik perlu anda miliki.
Anda merancang untuk menjalankan perniagaan di internet. Namun, sudahkah anda kenalpasti...

"Model Perniagaan Internet
Yang Mana Satukah
Paling Ideal Untuk Anda?"


Ramai yang buntu dan keliru untuk memulakan perniagaan internet kerana tidak cuba mempelajari asas perniagaan internet selain tidak memahami apakah sebenarnya yang dikatakan perniagaan internet itu.


Maka tidak hairanlah ramai yang masih tertanya-tanya atau tercari-cari model perniagaan apakah yang boleh mereka
jalankan di internet!