Wednesday, March 24, 2010

Hadis : Sabar Mencerminkan Keimanan

 
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)
iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.
v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah. 

Rahsia Personaliti Melalui Tulisan

Tulisan berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Condong tulisan Tegak
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampumembuat keputusan dengan wajar dan tepat
.

Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

Saiz tulisan Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Saiz tulisan Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.