Saturday, March 6, 2010

Tips menjaga Laptop

 
Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba ‘hang’, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

Ini tips menjaga laptop anda dengan baik..

1.Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda. 

2.Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.

3.Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.

4.Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.

5.Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.

6.Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.

7.Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual      

Panasonic Lumix FT1 :Lasak dan tahan gegar

 
LASAK dan praktikal. Itulah inovasi terkini yang diterapkan pada kamera digital terbaru Panasonic, Lumix FT1.

Selain menampilkan rekaan moden dan kontemporari, pada masa sama kamera berkelajuan tinggi ini sesuai digunakan dalam aktiviti lasak.

Mengapa Lumix FT1 dikatakan lebih lasak? Semestinya faktor itu didorong permukaan badan kamera yang diperbuat daripada keluli tahan lasak dan gegar. Selain itu, kamera digital canggih ini boleh digunakan dalam air pada kedalaman sehingga tiga meter!
 
 Biarpun definisi format dipadatkan melalui teknologi AVCHD Lite, kamera digital ini masih memberikan hasil rakaman mengagumkan.Bersesuaian dengan ciri kompak dan praktikal yang dimilikinya, Lumix FT1 diperkemaskan dengan sudut kelebaran rakaman foto hingga 28mm menggunakan lensa Leica DC Vario-Elmar. Kamera ini juga mampu mencapai sasaran zoom sehingga 4.6 kali dengan resolusi imej sehingga 12.1 megapiksel.
  
Tambah menarik, skrin LCD TFT yang diterapkan sebesar 2.7 inci, sekali gus memperlihatkan hasil fotografi lebih luas. Dengan berat hanya 128 gram, Lumix FT1 tidak harus diketepikan begitu saja!