Wednesday, March 3, 2010

10 Bencana Alam Terbesar di Dunia.

Bencana alam merupakan kejadian bencana yang mengerikan yang terjadi di alam semesta dan disebabkan oleh alam itu sendiri. Gempa bumi, Tsunami, Tornado, Banjir adalah contoh dari bencana alam yang kita ketahui, sudah tak terhitung berapa banyak bencana alam di dunia yang telah terjadi.

Berikut ini merupakan daftar dari 10 bencana alam terbesar di dunia.

Peshtigo Wildfire (Oct. 8, 1871)
 
Anda pasti belum pernah dengar bencana ini, tapi kebakaran liar yang terjadi di Peshtigo, Wis, menyebabkan hangusnya lebih dari 1 juta are tanah disana. Akhirnya pada October 1871, kebakaran liar ini dinobatkan sebagai kebakaran hebat sepanjang sejarah Amerika. Percikan api ditambah ayunan angin yang kencang sempat membuat “tornado of fire” di tempat kejadian, dan 1,200 orang dicatat telah menjadi korban.
11 tornado, dengan kekuatan badai yang membawa bebatuan es, menghantam seluruh bagian Kanada, Amerika Serikat dan Cuba, akhirnya kerana kekuatan badai yang begitu besar, badai ini hingga sekarang disebut “superstorm”. Badai ini menyebabkan kerugian sebesar 6 milyar US$ dan menyebabkan jutaan korban selamat dan 300 korban meninggal.


Great Chilean Quake (May 22, 1960)
 
Meskipun gempa yang satu ini bukan gempa yang paling menghancurkan dalam sejarah, tapi dalam segi kekuatan, gempa ini memiliki kekuatan 9.5 magnitude dan juga menyebabkan Tsunami di Valdivia, Chili. Hasil dari gempa tersebut adalah 1,600 orang meninggal dan 2 juta orang korban selamat.

The Super Outbreak (April 3-4, 1974)
  
Dari namanya saja sudah menakutkan.Yang hanya boleh dijelaskan pada itu adalah 148 tornado yang sedang memporak porandakan 13 negara bahagian di Amerika.Bencana ini tidak berlangsung dalam 1-2 jam saja, tapi berlangsung selama 24 jam penuh.

Akhirnya pada tahun 1974, berita rasmi mengumumkan korban meninggal sebanyak 330 orang dan 5,000 orang cedera. Jika 148 tornado tersebut digabungkan, maka akan menghasilkan badai seluas 2,500 mil/segi. 

Tangshan, Earthquake (1976)
 
Di banding gempa Sichuan yang terjadi pada tahun 2008 lalu (69,000 orang meninggal), gempa tersebut tidak boleh dibandingkan gempa Thangsan pada tahun 1976 di China. Gempa Thangsan mengorbankan lebih dari 255,000 orang, bahkan melalui data rasmi, korban meninggal ternyata dua kali ganda dari hasil tersebut. Gempa tersebut berkekuatan 7.5 SkalaRichter.

Pompeii (79 A.D)
 
Kejadian ini terjadi sekitar 2,000 tahun lalu,iaitu tahun 79 A.D. Ada sebuah Gunung berapi bernama Vesuvius yang akhirnya meletus pada hari itu selama 1 hari penuh, mengeluarkan abu dan gas beracun yang sangat banyak hingga menghancurkan kota yang pada itu dinamakan Pompei (peristiwa ini dimanakan pyroclastic flow).

Krakatoa / Krakatau (Aug. 26-27, 1883)
 
Ketika Krakatau meledak kali ke-4 pada August 1883, Gunung api itu melepaskan 3 ledakan magma dan itu sama dengan kekuatan energi 1 bom atom. Letusannya terdengar hingga beribu-ribu jauhnya. Ledakan Krakatau menggemparkan seluruh negara-negara lautan pasifik, ledakan tersebut menyebabkan seluruh Pulau Krakatau tenggelam hingga dasar laut dan menenggelamkan lebih dari 100 pulau disekitarnya
Akibat dari letusan Krakatau, 36.000 korban meninggal, kebanyakan disebabkan oleh Tsunami. Abu dari ledakan Krakatau atau bahkan sampai ke New York melalui udara dan lautan, sehingga menyebabkan penurunan suhu di seluruh dunia selama setahun.
Hurricane Katrina and the 2005 Atlantic Hurricane Season
5 Jenis Badai Katrina yang langsung menghajar Gulf Coast pada August 2005 merupakan perkara yang tidak asing lagi. Lebih dari 1,800 orang meninggal kerana badai Katrina yang menghajar bangunan-bangunan disana yang dibangunkan tanpa boleh menghalang bencana tersebut.
 
80% daerah New Orleans tergenang oleh air dan daun-daun dari ranting pohon yang berterbangan sangat jauh. Merupakan sebuah peringatan dari alam agar selalu waspada akan bencana alam yang kita tidak akan pernah tahu bila akan terjadi.

Indian Ocean Tsunami (Dec. 26, 2004)
 
Semua peristiwa ini disusulii dengan gempa bumi yang sangat besar. Gempa yang berkekuatan 9.1 SkalaRichter itu menggoncang Sumetra, yang berada di kepulauan Indonesia. Gempa tersebut terjadi selama 8 minit yang memusnahkan. Bagaimanapun, gempa sebesar itu masih merupakan awal dari segala bencana
Setelah beberapa saat, Tsunami yang tercatat terkuat dalam sejarah pun terbentuk dan menuju ke 14 negara berbeza Korban  sebanyak 230,000 nyawa dan 1.7 juta terselamat.Paras  air di dunia  naik mendadak beberapa kaki dalam beberapa hari, hal tersebut akhirnya terukir dalam sejarah sebagai tsunami terkuat yang pernah melanda.
“The Great Flood” (sometime a long, long time ago)

Tatatertib malayan pelanggan

 
1. Peniaga mesti bijak dalam perhubungan dengan pelanggan.
2. Wajah peniaga mesti/harus sentiasa senyum , mesra dan ramah semasa melayan.
3. Pakaian hendaklah bersih,kemas dan sesuai.
4. Peniaga hendaklah menggunakan bahasa yang manis dan sentiasa bersopan santun dan sabar.
5. Peniaga perlu menumpukan minat atau perhatian terhadap pelanggan
6. Peniaga hendaklah melayan mengikut tertib, jujur dan adil serta mendapatkan keyakinan pelanggannya.
7. Peniaga harus cuba mengenali pelanggannya dengan mengingati nama dan juga jenama serta jenis barangan yang selalu dibeli oleh pelanggan.
8. Perlu ingat perolehan hasil jualan, maju mundur , berdaya maju perniagaan anda adalah terletak pada tangan pelanggan.
9. Perwatakan peniaga akan mempengaruhi maju mundur perniagaan anda.

Umumnya pelanggan adalah Raja yang perlu anda hormati dan layani. Kejayaan melariskan jualan anda akan wujud jika anda berjaya membeli jiwa pelanggan anda. Lakukan sekarang untuk menawan jiwa pelanggan anda..

Rahsia Melalui Tulisan DR Fadzilah Kamsah

 
Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
-Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
- Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat
- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp
- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan 
- Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
-Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak 
-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur 
- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
- Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
- Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
- Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
.

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi 
- Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
 
- Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
 
- Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : - 
Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup... 

Sekadar Hiburan :Nampak

 

Jejai ditahan anggota polis kerana melanggar lampu merah di sebuah jalan.
Polis : "Encik tak nampakkah lampu isyarat tadi berwarna merah?".
Jejai : "Saya nampak tuan."
Polis : "Habis tu, kenapa tidak berhenti?"
Jejai : "Sebab saya tak nampak tuan tadi"