Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat menyatakan terdapat 6 kali gempa dalam masa dua jam selepas gempa utama. Kadar gempa sekitar 4.5 sehingga 5.9 pada skala ritcher.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi tetapi ia dibatalkan setelah keadaan dilaporkan selamat.
Beberapa struktur utama di wilayah itu dilaporkan runtuh dan mengalami kemusnahan. Ia merangkumi Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince,Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta beberapa hospital.Komunikasi seluruh bandar dikatakan turut terjejas teruk.Laporan awal menyatakan bahawa ribuan orang dikhuatiri terbunuh dan setakat laporan ini ditulis angka korban sudah mencecah hampir 100 ribu orang.
Ramai bimbang kerana Haiti adalah sebuah negara miskin, iaitu kedudukan 149 dalam Indeks Pembangunan Manusia.
Dalam perkembangan lain semalam menurut laporan Reuters Penduduk Haiti yang marah menggunakan timbunan mayat sebagai sekatan jalan raya di bandar ini sebagai protes terhadap kelewatan bantuan kecemasan yang tidak kunjung tiba selepas negara itu dilanda gempa bumi.
Seorang saksi, jurugambar majalah TIME, Shaul Schwarz berkata, dia menyaksikan sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya di pusat bandar yang dibuat dengan menggunakan mayat mangsa gempa bumi dan batu.
“Mereka mula melakukan sekatan dengan mayat mangsa, nampaknya keadaan semakin teruk di sini kerana orang ramai semakin kecewa kerana tidak ada bantuan yang diterima mereka,” katanya kepada pemberita.