Tuesday, January 19, 2010

Bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan

Perbezaan duit dan perniagaan

1. Duit adalah sesuatu material yang menjatuhkan anda.
Setiap perniagaan yang kita bina kebanyakkan bertujuan untuk mengaut keuntungan bukan? Tapi kebanyakkannya terlampau memberi keutamaan terhadap “wang yang bakal diperolehi” seterusnya melupakan nilai yang sepatutnya diberikan kepada para pelanggan.
2.  Duit mampu mengubah hidup anda
Telah dibuktikan bahawa duit mampu mengubah hidup seseorang. Namun apa yang membezakannya adalah apakah perubahan yang dialami? Adakah ia sesuatu yang positif atau sebaliknya? Ini kerana pemikiran yang salah terhadap duit mampu memesongkan perjalanan kehidupan anda.
3. Duit yang banyak tidak memberi sebarang manfaat
Pernahkah kita terfikir sama ada kita mahu hidup senang atau hidup sebagai seorang yang kaya? Hidup yang senang adalah sesuatu yang dinilai dari sudut kehidupan dan personaliti seseorang. Bagi orang yang ingin hidup sebagai orang yang kaya dengan wang, mereka berkemungkinan besar terlampau menumpukan material semata-mata.
4. Perniagaan adalah salah satu peluang meningkatkan taraf kehidupan
Bagi mereka yang memulakan perniagaan, anggaplah ia sebagai salah satu alternatif untuk anda menyelesaikan kebanyakkan masalah yang dihadapi berkaitan dengan wang. Tapi jangan sesekali terlupa bahawa perniagaan adalah salah satu medium sahaja, bukan keutamaan.
5. Duit dan perniagaan..
Kebanyakkan kita tidak memahami definisi antara duit dan perniagaan. Malah kedua-duanya mungkin tiada hubungan langsung. Justeru itu, anda berhak untuk menilai sendiri kerana anda dikurniakan akal untuk berfikir dan menilai.
Sebenarnya entri ini ditujukan khas untuk diri saya sebagai peringatan bahawa wang bukanlah sesuatu yang perlu diberi keutamaan dalam perniagaan. Walaupun salah satu tujuan utama kita membina perniagaan berkait rapat dengan wang, segalanya berkait rapat dengan penjualan produk dan perkhidmatan terhadap pelanggan. Apakah maksud saya disini?
Utamakan kualiti dan faedah yang boleh diberikan kepada para pelanggan. Tanya pada diri anda sendiri dan jawab sejujurnya. Adakah anda mahu keuntungan sekali atau berkali-kali? Bagi jawapan yang kedua, sila baca sekali lagi entri ini. Anda akan faham apa yang saya maksudkan.