Saturday, November 14, 2009

Awas Penipuan Sebegini Di Internet!

Awas Penipuan Sebegini Di Internet!

Kini pelbagai cara orang lakukan untuk menipu di internet. Sasaran mereka tentunya orang yang kurang pengetahuan dalam internet. Orang-orang ini bukan sebarangan orang kerana mereka begitu mahir menyembunyikan identiti dari di kesan oleh pihak berkuasa dan kebanyakan dari mereka adalah orang luar dari Malaysia.

Sejak seminggu lepas saya sering kali dihujani dengan email-email yang meminta saya mengemas kini akaun maybank. Email sebegini saya akan delete terus kerana saya tahu ianya tipu semata-mata. Namun bagi orang yang kurang pengetahuan dalam internet mungkin akan gelabah dan serta merta mengemas kini akaun maybank mengakibatkan maklumat sulit akaun terdedah.

Contoh email yang saya terima..


Si penipu akan mengharapkan anda memberikan maklumat akaun melalui link yang mereka berikan bagi mendapatkan segala maklumat untuk mereka dapat akses ke perbankan internet anda.


Anda lihat sahaja laman web dari link di atas ini. Sebiji sama seperti maybank2u online. Sebab itu orang yang kurang pengetahuan dalam internet akan terpengaruh.


Namun bagi mereka yang tahu, nampak sangat la penipuan ini kerana domain website ini entah apa-apa.. Cuba anda perhatikan domain laman web si penipu!.

Berbeza sangat-sangat dengan laman web sebenar maybank2u http://www.maybank2u.com.my/
Alamat email juga jauh berbeza dan nampak sangat menipu..

Jadi anda perlu berhati-hati dengan penipuan sebegini. Pihak bank tidak akan sewenang-wenangnya meminta maklumat peribadi akaun anda. Rasanya memang tak pernah pun sepanjang saya melibatkan diri dengan internet. Kebiasaannya bank akan mengirimkan surat terus ke rumah jika melibatkan akaun dan maklumat peribadi yang meminta anda berurusan di kaunter bank.
Huraian dari post ini:
  • Jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun anda di internet. Delete terus email yang meminta anda mengemaskini akaun dan buat aduan pada pihak bank. Bank tidak akan meminta maklumat akaun anda di internet!.
  • Siasat dan pastikan alamat email dan domain adalah 100%  sama dengan yang di daftarkan oleh bank tersebut.
  • Buat pertanyaan jika anda was-was terhadap sesuatu. Telefon bank sendiri atau tanya melalui forum-forum atau tanya dari mereka yang banyak pengetahuan dalam internet atau tanya kawan-kawan atau tanya sesiapa sahaja yang anda rasa sesuai.