Wednesday, February 10, 2010

Meniru

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah: Ape buktinya?

Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.

Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!

4 KUNCI KEBAHAGIAAN

 
Hadis :Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

6 Kapal Paling Mewah

KEKAYAAN mampu membeli segala-galanya. Itu yang sering digembar-gemburkan. Taburan angan-angan menjangkau minda mereka yang tak mampu memilikinya.
Namun bagi bilionair dunia, mereka boleh tersenyum lebar kerana apa saja aset yang mereka ingin beli, pasti mereka mampu miliki, termasuk kapal mewah yang menjadi impian semua.
Ada di antara kapal mewah ini memiliki rantai yang berputar, sistem peluru berpandu dan kapal selam. Malah ada di antara kapal mewah ini turut membuatkan golongan hartawan tergamam.
Khabar angin mendakwa pemiliki kapal Oracle, Larry Ellison menambah panjang kapalnya, Rising Sun semata-mata untuk menyaingi kapal milik pengasas Microsoft, Paul Allen.
Apapun, pada masa ini kapal yang mengungguli senarai kapal mewah ini adalah Al Salamah yang dimiliki Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Sultan bin Abdul Aziz.
Bagaimanapun, status Al Salamah tidak lama lagi akan diambil alih Eclipse, bot sepanjang 170 meter yang menelan belanja RM1.74 bilion yang dibeli hartawan Russia, Roman Abramovich. Bot ini dijangka siap tahun depan.


NAMA: RC atau The Shark
PEMILIK: Pereka fesyen Roberto Cavalli
HARGA: RM142 juta
PANJANG: 40.8 meter
MUATAN PENUMPANG: Empat kru, lapan tetamu
PELANCARAN: 2004
KELAJUAN: 35 knot
KAPAL ini antara paling canggih dan rekaannya dianggap antara paling menyerlah. Warna luarannya turut membezakan RC atau The Shark dengan bot lain.
Namun yang pasti, pereka Roberto Cavalli memastikan bahagian dalaman bot ini semewah rekaannya dengan setiap sudut, termasuk lantai diselaputi kulit dengan bau-bauan dan juga tidak lupa logo tapak kaki haiwannya.
Madonna, Beyonce Knowles serta David dan Victoria Beckham antara selebriti yang pernah menaiki bot ini.

NAMA: Pelorus
PEMILIK: Hartawan minyak, Roman Abramovich
HARGA: RM1.06 bilion
PANJANG: 115 meter
MUATAN PENUMPANG: 46 kru, 18 tetamu
PELANCARAN: 2004
KELAJUAN: 19 knot
KAPAL mewah terbaru Abramovich, Eclipse dilaporkan hampir siap tapi pada masa ini pemilik kelab bola sepak Chelsea itu boleh bersantai di atas kapal pertama, Pelorus yang umpama rumah peranginan.
Rekaan dalamannya yang dibuat khas daripada bahan lembut seperti kulit, siling daripada helaian selembut daun pisang dan tikar opium antic China membaluti seluruh dinding dalaman, mereka yang ada di dalamnya diulit supaya menjadi setenang air laut di sekelilingnya.
Pereka bot itu, Terry Disdale, berkata falsafah utama bot mewah ini adalah memberi ketenangan kepada tetamu dan mungkin itu yang mereka kecapi, termasuk kapten Chelsea, John Terry yang berbulan madu di atas kapal itu
 

NAMA: Rising Sun
PEMILIK: Pengasas Oracle, Larry Ellison
HARGA: RM702 juta
PANJANG: 138 meter
MUATAN PENUMPANG: 40 kru, 16 tetamu
PELANCARAN: 2004
KELAJUAN: 28 knot
KAPAL mewah kedua terbesar dunia ini dimiliki oleh Lawrence, lelaki keempat terkaya dunia. Bagaimanapun baru-baru ini David Geffen (gambar) membeli separuh daripada nilai kapal itu.
Dengan 82 kamar di lima tingkat di dek kapal itu, ramai tetamu pernah dijemput menikmati kemewahan disediakan di atas kapal itu, antaranya aktor Orlando Bloom dan bulan lalu bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.
Kapal ini memiliki panggung wayang, kolam renang dan gelanggang bola keranjang.

NAMA: A
PEMILIK: Hartawan minyak, Andrey Melnichenko
HARGA: RM1.15 bilion
PANJANG: 119 meter
MUATAN PENUMPANG: 42 kru, 14 tetamu
PELANCARAN: 2008
KELAJUAN: 25 knot
KAPAL ini yang digambarkan sebagai kapal swasta paling canggih di dunia menjadi mainan untuk Andrey. Kapal dilengkapi garaj bot laju yang boleh diubah suai menjadi disko direka oleh Philippe Stark.
Nama kapal, A diambil sempena huruf pangkal nama isterinya, Aleksandra. Lantai bilik tidur utama didakwa boleh berubah bentuk mengikut perubahan warna persekitarannya.
NAMA: Octopus
PEMILIK: Pengasas bersama Microsoft, Paul Allen
HARGA: RM702 juta
PANJANG: 126 meter
MUATAN PENUMPANG: 60 kru dan tetamu
PELANCARAN: 2003
KELAJUAN: 20 knot
Kapal ini umpama sebuah estet di atas air dan khabar angin mendakwa pemiliknya, Paul Allen membelanjakan RM70 juta setahun untuk menyelia kapal ini.
Ia memiliki pelbagai gajet berteknologi tinggi, setaraf dengan status Allen sebagai pengasas Microsoft, seperti bot menyelam kawalan jauh yang membenarkan penerokaan dasar laut dilakukan. Selain itu, sebuah kapal selam yang boleh memuatkan lapan orang untuk dua minggu sentiasa bersedia di kapal ini.
Octopus, satu daripada tiga kapal mewah Allen, turut dilengkapi dua tempat mendarat helikopter, tujuh bot dan sebuah gelanggang bola keranjang.
Bar berlantai kaca turut digemari Allen yang sering menganjurkan parti dihadiri selebriti terkenal dari St Barts ke Cannes.
Kapal itu turut memiliki studio muzik, persediaan untuk tetamunya, termasuk kumpulan U2 merakam lagu secara spontan andai mereka memilih untuk berbuat demikian.
NAMA: Al Salamah
PEMILIK: Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Sultan Abdul Aziz
HARGA: RM702 juta
PANJANG: 139.3 meter
MUATAN PENUMPANG: 96 kru, 36 tetamu
PELANCARAN: 1999
KELAJUAN: 21.5 knot
KAPAL ini kelihatan seperti kapal peranginan. Al Salamah memiliki 82 bilik yang dibahagikan kepada lapan tingkatnya.
Bahagian dalaman direka pereka Britain, Terry Disdale yang turut bertanggungjawab ke atas kapal milik Abramovich.
Meskipun butiran terperinci mengenai kapal ini dirahsiakan, yang pasti ia memiliki segala kelengkapan sebuah rumah mewah.
Al Salamah dilengkapi kolam renang berbumbung kaca, panggung wayang, perpustakaan, hospital berteknologi tinggi, gimnasium dan spa yang dikendalikan dua kakitangan sepenuh masa.