Disini hanya sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya.Hanya sekadar menulis untuk meluahkan idea atau perbincangan dengan lebih luas untuk jawapan yang lebih kreatif,inovatif dan efektif.
Friday, February 26, 2010
Blackberry Storm 2
Telefon bimbit ini merupakan versi naik taraf daripada versi terdahulu. Pelancaran Storm 2 merupakan petunjuk jelas bahawa versi Storm adalah versi Blackberry yang diminati.
Apa yang menjadikan Storm popular dikalangan Blackberry adalah rekabentuk yang menarik serta gabungan ciri-ciri menarik telefon bimbit yang disatukan didalamnya. bahagian luaran yang dipertingkat menjadikan telefon lebih ringan dan mudah dibawa. Luaran berwarna hitam berkilat menjadikan ianya ideal bagi pengguna koperat dan eksekutif muda. Dimensi telefon ini adalah 112×62x14mm.
Yang paling menarik adalah skrin lebar yang jelas dan terang. Skrin sesentuh yang pantas berinteraksi apabila disentuh dan amat selesa digunakan.Saiz skrin adalah 3.25 inci dan resolusi skrin adalah 480×320 piksel. Semua menu dapat dilihat dengan jelas serta skrin lebar membuatkan ianya lebih elegan. Tidak seperti model sebelum ini, tiada sela(gap) antara bingkai dan skrin.Storm 2 juga dilengkapi dengan kamera 3.2 megapiksel, cukup untuk mengambil gambar-gambar secara tidak sengaja ataupun ternampak sesuatu yang menarik untuk diambil gambar. Gambar juga boleh dilihat semula melalui skrin lebar resolusi tinggi.
Sistem operasi bagi Storm 2 adalah menggunakan Blackberry OS 5.0. Semua aplikasi cepat bertindakbalas dan kita boleh akses kepada semua aplikasi dengan pantas. Dari sudut pengguna akhir, ianya amatlah menguntungkan untuk melabur dalam telefon bimbit ini. Pelungsur web juga pantas untuk memproses JavaScript serta CSS. Salah satu yang menarik adalah Storm 2 juga menyokong Google gears dan widget Blackberry.
Ciri-ciri maju yang lain adalah seperti Blackberry Enterprise Server 5. Ianya membantu kita mengakses fail Windows, email Microsoft Exchange dan juga Outlook. Storm 2 menyokong WiFi. Email dapat dikirim dan diterima dengan lebih pantas dan juga boleh akses laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Oleh itu kita akan sentiasa dalam talian walaupun dalam perjalanan. Kita tidak lagi terlepas email-email penting kerana email boleh diakses dengan lebih mudah.
Storm 2 menyokong GSM serta EDGE dan jalur tunggal UMTS dengan HSPDA. Kebolehsambungan bukanlah menjadi isu jika kita menggunakan Storm 2. Dimana sahaja boleh berinternet jika ada rangkaian yang menyokongnya. Memori dalaman telefon ini adalah 2GB tetapi boleh juga dinaiktaraf kepada 16GB menggunakan kad mikro SD. Bekalan kuasa juga menakjubkan. Ianya menggunakan bateri 1400 mAH dengan masa bercakap 6 jam dan masa sedia 280 jam.
Rumah Termewah di Dunia
ANTILLA, 'istana' Mukesh Ambani mengungguli senarai kediaman termahal di dunia hanya selepas ia siap dibina pada Januari 2009.
Sehingga detik itu, empat kediaman yang menjadi sebutan seluruh dunia ialah;
Villa La Leopolda
Lokasi: Cap Ferrat, Perancis
Nilai semasa: RM1.6 bilion
Lokasi: Cap Ferrat, Perancis
Nilai semasa: RM1.6 bilion
KEDIAMAN Roman Abramovich, pemilik kelab bola sepak Chelsea, diisytiharkan yang termewah di dunia kerana dibeli dengan harga RM1.6 bilion.
Keputusan membeli villa di atas bukit mengadap French Riviera itu dibuat selepas jutawan Russia itu terpaut dengannya ketika bersiar-siar di kawasan berkenaan bersama teman wanitanya, Daria Zhukova.
Villa berwarna krim bergelar La Leopolda itu bukan saja dikenali kerana panorama menakjubkan laut selatan Perancis, tetapi juga terletak di kawasan kaya alam semula jadi selain di kawasan itu turut dibina rumah peranginan Villefranche.
Seramai 50 tukang kebun diupah untuk menyelenggarakan landskap seluas 8 hektar yang ditanam dengan 1,200 pokok saru, zaitun, limau dan lemon.
Pemilik sebelumnya termasuk tokoh perbankan terkemuka mendiang Edmund Safra; pengasas Microsoft, Bill Gates dan hartawan perusahaan kereta Fiat, Gianni Agnelli.
Asalnya, villa ini dibina untuk perempuan simpanan Raja Belgium, King Leopold II. Namun, pada 1916 ketika perang dunia pertama, anak saudara juga pewarisnya, King Albert I mengubah fungsi kediaman itu menjadi hospital pegawai tentera yang cedera dalam pertempuran.Setiap bulan, Abramovich perlu membayar kira-kira RM94 juta untuk gadai janjinya.
Ini bukan kali pertama dia membeli hartanah kerana sebelum ini, dia turut memiliki Chateau de la Croe yang terletak tidak jauh dari La Leopolda, bernilai RM94 juta. Kediaman ini dulunya dihuni bekas monarki British, Duke of Windsor yang melarikan diri dengan Wallace Simpson pada 1938.
Abramovich juga pemilik hartanah di Knightsbridge, Sussex dan Russia.

Updown Court Windlesham
Lokasi: Surrey, England
Nilai semasa: RM458 juta
Luas kediaman: 60,000 kaki persegi
Lokasi: Surrey, England
Nilai semasa: RM458 juta
Luas kediaman: 60,000 kaki persegi
DITAWARKAN untuk jualan pada 2005. Kediaman 103 buah bilik yang dibina di atas tanah seluas 23.2 hektar ini menyajikan panorama berlandskap dan hutan kecil.
Terletak di pinggir desa yang menampilkan pemandangan alam semula jadi, kelebihan ini mengundang fantasi buat penghuninya terutama yang mengimpikan kehidupan cerita dongeng kanak-kanak.
Selain lobi dan dewan tari-menari yang tersergam indah, rumah agam ini turut menyediakan bilik panik, sebuah gelanggang skuasy, sebuah pusat boling, lapangan helikopter mendarat, pawagam memuatkan 50 penonton, garaj bagi lapan limosin manakala laluan masuk ke rumah dilitupi marmar sekali gus menguatkan lagi ciri mewahnya.
Dua puluh dua daripada 103 bilik adalah bilik tidur dilengkapi kamar mandi berkemasan jubin.

Starwood/Hala Ranch
Lokasi: Aspen, Colorado, Amerika Syarikat
Nilai semasa: RM448 juta
Luas kediaman: 56,000 kaki persegi
Lokasi: Aspen, Colorado, Amerika Syarikat
Nilai semasa: RM448 juta
Luas kediaman: 56,000 kaki persegi
DIILHAMKAN daripada perkataan Arab ‘Ahalan’ yang bermaksud selamat datang, Hala Ranch yang juga dikenali sebagai Starwood Ranch adalah kediaman terbesar di barat Amerika Syarikat dan kedua terbesar seluruh dunia.
Sebelum ini, Hala Ranch milik duta Arab Saudi yang ditugaskan di Amerika Syarikat, Putera Bandar bin Sultan. Namun, kini terpaksa dijual kerana putera itu menjawat jawatan baru sebagai kaunselor keselamatan negara di tanah airnya, Arab Saudi.
Menakjubkan kerana luas bahagian tengahnya saja mampu menyaingi ukuran Rumah Putih. Kediaman ini menawarkan 15 bilik tidur dengan setiap satunya berkembar patio bersama 16 bilik air.
Lif dibina bagi pengunjung menjelajah seisi rumah yang ditunjangi hiasan dalaman dan kemasan daripada kayu mahogani, gangsa selain tingkap kaca berwarna.
Bilik tetamu dibina bersambung dengan taman dalam rumah yang mengandungi kolam renang dan air terjun buatan selain diberi jaminan keselamatan menerusi sistem penggera canggih.

Maison de L'Amitie
Lokasi: Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat
Nilai semasa: RM415 juta
Luas kediaman: 43,000 kaki persegi
Lokasi: Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat
Nilai semasa: RM415 juta
Luas kediaman: 43,000 kaki persegi
RUMAH agam ini dibeli Donald Trump pada 2004 dalam satu lelongan dengan harga RM136 juta. Pemilik asalnya ialah bekas eksekutif kesihatan, Abe Gosman.
Kediaman mengagumkan ini menawarkan dewan tari-menari, rumah pemuliharaan (konservatori) selain sebuah kolam renang sepanjang 100 kaki.
Trump menetapkan harga jualan semula sejumlah RM125 juta. Matlamatnya ialah memecahkan rekod syarikat hartanah Ron Perelman yang berjaya menjual rumah termahal di Palm Beach Florida pada 2004 dengan nilaian RM232 juta.

Subscribe to:
Posts (Atom)