Wednesday, March 10, 2010

Melindungi Maklumat Daripada Ancaman Spam

 
PEMILIK akaun e-mel pasti pernah menerima mel elektronik yang dihantar daripada alamat pengirim yang tidak dikenali dan sering kali dikaitkan dengan e-mel spam.

Kebiasaannya, e-mel yang dihantar daripada pengirim tidak dikenali itu mengandungi pesanan mel yang tidak memberi sebarang makna atau mempunyai unsur boleh mengancam keselamatan pemiliknya.Bagaimanapun, perlu diingat penerimaan e-mel seumpamanya juga boleh dihantar daripada pengirim yang dikenali apabila ia digunakan oleh program yang boleh mengancam dan berniat jahat. 

Ciri e-mel spam yang dimaksudkan itu mampu menarik perhatian pengguna dengan mendorong mereka untuk membeli produk atau menyaran pemilik akaun untuk mendaftarkan diri bagi perkhidmatan yang ditawarkan.
Ada kalanya, ia turut dilengkapi fail lampiran dan laman web yang menghubungkan pengguna dengan program berbahaya dan memiliki unsur ancaman yang boleh mendedahkan identiti peribadi pemilik.
Kepada pengguna biasa, adalah sukar untuk menentukan sama ada e-mel yang diterima itu memiliki ciri mel Spam. 
 
Cara untuk mengenalpasti mel Spam dapat dilihat berdasarkan penggunaan nama unik bagi tajuk e-mel yang dihantar bagi menarik perhatian pengguna untuk membukanya.Jika anda berdepan dengan situasi itu, saranan Tip IT adalah `Jangan Buka´ e-mel terbabit sehingga identiti pengirim dapat dikenal pasti.

Ciri e-mel spam dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan rangkaian ayat yang disengajakan dieja dengan salah bagi mengelirukan program antispam yang dipasang di dalam komputer pemilik.
Selain itu, pendekatan yang sama digunakan bagi mendapatkan maklumat peribadi pemilik e-mel menerusi penghantaran pesanan yang dikenali Phishing.Ia adalah proses penghantaran e-mel spam berunsurkan penipuan apabila kebiasaannya datang daripada pihak bank atau institusi kewangan tanpa pengetahuan mereka.

Jika e-mel seumpamanya diterima, pastikan laman web yang dihubungkan itu adalah asli terutama apabila ia datang daripada pihak bank.Sehubungan itu, pelbagai komponen keselamatan turut dibangunkan pada
e-mel anda menerusi komponen penapisan spam bagi melindungi pengguna.Malah, bagi memastikan anda dilindungi, pengguna emel disarankan untuk memiliki lebih daripada satu e-mel.Ini bagi membolehkan anda mencuba laman web yang diterima berunsurkan mel spam itu, dengan didaftarkan menerusi pendekatan penggunaan latar belakang pemilik yang tidak tepat.Menerusi pendekatan itu, pemilik akaun e-mel dapat mengenal pasti sama ada e-mel yang diterima itu mempunyai unsur e-mel spam yang dimaksudkan.

Rahsia Personaliti Diri

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak


b) Personaliti Pendiam 
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
.


c) Personaliti Perasa
 Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat


d) Peramal 
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain
 

e) Personaliti pemikir
 Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
 

f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain