Friday, January 22, 2010

Kenapa Anda Perlu ADA Nama Domain Sendiri.


ADA 5 sebab mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri.

Seringkali saya mendengar orang bertanya “Mestikah saya mempunyai nama domain sendiri untuk website saya?”. Jawapannya… “YA! MESTI!”.
Tahukah anda? Jika anda meletakkan website anda di web hosting percuma, pihak yang mendapat manfaat yang paling besar sekali ialah syarikatweb hosting tersebut, manakala, pihak yang mendapat manfaat yang paling kecil dan akhir sekali ialah… anda. Mengapa?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang nyata mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri, antaranya :-

1 : Profesional, mudah diingati serta pendek
Apabila anda mempunyai nama domain anda sendiri, nama domain anda akan berbunyi http://www.websiteanda.com , berbanding jika andamendapatkan perkhidmatan web hosting serta nama domain percuma, ia akan berbunyi.http://www.webhostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/ . Pada pendapat anda, alamat manakah yang kelihatan lebih profesional?  Yanglebih pendek? Serta yang lebih mudah untuk diingati? Saya pasti anda tahu jawapannya..


2 : Kredibiliti
Jika anda menjual sesuatu barang ataupun menawarkan sesuatu perkhidmatan di internet. Langkah pertama, untuk anda membina kredibiliti andaadalah dengan memiliki nama domain anda sendiri. Dengan memiliki nama domain anda sendiri, pelawat-pelawat yang ingin menjadi pelanggananda akan berasa lebih yakin serta selesa kerana mereka akan beranggapan mereka sedang berurusan dengan sebuah organisasi yang besar dankukuh. Seperti di dunia nyata, seseorang itu lebih yakin serta selesa untuk membeli sesuatu barang di kedai atau kaunter berbanding membeli daripada orang-orang yang berkeliaran di tepi jalan atau kaki lima.

3 : Email
Apabila anda mempunyai nama domain sendiri, anda juga boleh mempunyai beberapa alamat email yang berakhir dengan nama domain andaseperti anda@websiteanda.com . Apabila anda mempunyai beberapa alamat email yang berakhiran dengan nama domain anda, ia akanmemudahkan anda untuk menguruskan serta mengenal pasti email-email yang anda terima. Contohnya, jika seseorang ingin menghantar emailkepada anda untuk bertanya mengenai produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda, mereka boleh menghantarkan email merekakepada sales@websiteanda.com. Manakala bagi sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai website anda, mereka boleh menghantarkanemail kepada webmaster@websiteanda.com . Dengan cara ini, ia bukan sahaja memudahkan anda menapis serta menguruskan email yang andaterima, malahan ia juga akan meningkatkan lagi kredibiliti anda sebagai sebuah organisasi yang besar dan selamat untuk pelanggan-pelanggananda berurusan.

4 : Enjin Carian

Tahukah anda?. Kebanyakkan enjin carian pada masa kini, begitu menitikberatkan proses pengindeksan mereka (memasukkan maklumat sesuatuwebiste ke dalam pangkalan data mereka) pada satu-satu nama domain. Pada kebiasaanya, mereka hanya mengindeks katakunci atau maklumatsesuatu website bermula daripada halaman utama bagi nama domain tersebut. Jadi, bagi website penyedia webhosting percuma, enjin carian akanmula mengindeks pada alamat http://www.hostingpercuma.com/index,html , sedangkan mukadepan bagi website anda pula beralamathttp://www.hostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/index.html . Oleh itu, website yang akan di indeks, hanyalah website penyediawebhosting percuma dan bukannya website anda. Disini, anda telah mengalami kerugian yang besar dari segi bilangan trafik yang akan datang kewebsite anda melalui enjin carian.

Lebih malang lagi, ada juga sesetengah enjin carian yang tidak membenarkan langsung program pengindeksan mereka , yang juga dikenali sebagai“spider” atau “robot” untuk merayap/melawati website-website yang diletakkan di webhosting percuma. Sebagai contoh, jika anda cubamenghantar alamat website anda kepada enjin carian ini, anda akan mendapat mesej yang berbunyi “URL anda telah dihantar untuk diproses”tetapi yang pastinya, “spider” mereka tidak akan melawati website anda, walaupun ia mengatakan website anda telah diterima. Sungguh sedihsekali, jadi, untuk anda mengatasi masalah berikut, dapatkanlah nama domain anda sendiri..

5 : Penyenaraian di direktori
Apabila website anda diletakkan di webhosting percuma, website anda akan menjadi sukar untuk disenaraikan di mana-mana direktori yang besarseperti Yahoo!. Sekalipun, anda meletakkan website anda tersebut di webhosting percuma yang disediakan oleh Yahoo! sendiri. Untuk tersenarai didirektori Yahoo sebenarnya adalah sesuatu yang sukar walaupun anda mempunyai nama domain anda sendiri, ini kerana, proses penyenaraianwebsite di direktori Yahoo dilakukan secara manual oleh kakitangan Yahoo. Oleh itu, jika website anda hanya menggunakan nama domain dariwebhosting percuma dan ia berjaya disenaraikan di direktori Yahoo, ia merupakan satu kejaiban. Untuk pengetahuan anda, apabila website andatersenarai di direktori Yahoo, anda akan dapati statistik pengunjung website anda akan naik secara mendadak.