Monday, January 4, 2010

3 Cara Mudah Untuk Buat Duit Di Internet Pada Tahun 2010 :)


Istilah “Buat duit di internet” kini sudah boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Ini berikutan sudah banyak bukti yang telah ditunjukkan dari semasa ke semasa. Tidak salah juga jika saya katakan bahawa terdapat beberapa individu yang telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini dan meninggalkan kerjaya sedia ada.

Membuat keputusan sedemikian memerlukan kewangan dan perancangan yang kukuh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjana wang pada tahun 2010. Tiga cara ini telah dibuktikan berkesan bagi dan amat sesuai untuk anda yang masih mencari jalan untuk menjana pendapatan melalui internet.

Menjual Artikel Anda
Jika anda mempunyai minat dalam bidang penulisan, maka tahun 2010 adalah peluang terbaik untuk anda menjual kebanyakkan artikel anda. Anda boleh mula menulis artikel dalam niche yang anda minati dan jual pada blog-blog yang bersesuaian. Saya sarankan agar anda menawarkan harga dalam bentuk pakej seperti RM10 untuk 10 artikel.

Artikel yang ditulis tidak perlu terlampau panjang kerana para pembaca jarang meluangkan masa mereka terlalu lama untuk membaca artikel anda. Dengan kata lain, cukuplah sekadar ia dapat menambah ilmu pengetahuan dan mendidik pembaca.

 Pastikan anda menghubungi tuan empunya blog dengan cara yang beretika. Jika mereka tidak menerimanya, jangan mudah berputus asa. Sentiasa beringat bahawa “Success does not come overnight”. Teruskan usaha anda.

Pemasaran Affiliate
Pemasaran affiliate merupakan salah satu cara penjanaan wang di internet yang telah dibuktikan keberkesanannya sehingga hari. Perkara yang paling penting dalam pemasaran affiliate ialah pemilihan produk yang ingin dipromosikan. Ini disebabkan terdapat beratus-ratus produk atau perkhidmatan yang boleh didapati di pasaran antarabangsa mahupun tempatan.

Anda juga harus bijak membezakan diri anda dengan para pesaing yang turut mempromosikan produk tersebut. Mungkin anda boleh menawarkan servis tambahan pada mereka yang membeli produk melalui link affiliate anda. Ingat, para pembeli mempunyai kuasa untuk memilih penjual. Oleh itu, anda harus lakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian mereka untuk membeli daripada anda.

Menjual diri ANDA
Istilah menjual diri anda ini berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan atau dalam erti kata lain ialah branding (penjenamaan). Sebagai contoh, katakanlah anda menjual produk kesihatan, maka anda perlu mencipta jenama peribadi anda tersendiri dengan memberikan maklumat, tips dan panduan kepada para pelawat anda.

Dengan berbuat demikian, anda bakal digelar “pakar” oleh para pembaca seterusnya mereka akan menjadikan anda sebagai rujukan dalam perkara-perkara yang melibatkan kesihatan. Apabila kepercayaan dan keyakinan mereka meningkat terhadap anda, maka ini adalah masa yang sesuai untuk anda mempromosikan produk kesihatan anda kepada mereka.

Semoga ketiga-tiga cara yang saya terangkan di atas sedikit sebanyak membantu  saudara dan saudari dalam mencari jalan penyelesaian untuk menjana pendapatan di internet. Saya amat sarankan agar anda semua memilih salah satu sahaja dan letakkan fokus sepenuhnya supaya mendapat keputusan yang memberangsangkan.

P.S: Perkataan mudah itu tidak bermakna “goyang kaki sahaja dapat duit”. Sila betulkan mindset anda terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan. :)

Bagaimana Pemberian Percuma Mampu Menghasilkan Komisyen Untuk Anda






Dalam artikel sebelum ini, saya telah mengutarakan 3 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Artikel kali ini pula akan menjurus pada penjanaan wang melalui affiliate iaitu dengan pemberian hadiah percuma pada prospek atau bakal pembeli anda. Saya yakin anda semua menyukai sesuatu yang percuma, lebih-lebih lagi jika produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Begitu juga para prospek anda, mereka sentiasa dahagakan sesuatu yang percuma daripada anda. Dalam dunia perniagaan internet, pemberian percuma yang saya maksudkan adalah seperti:
  • Laporan percuma (Dalam bentuk PDF)
  • Ebook
  • Kandungan email yang mempunyai informasi, tips dan panduan
Walaupun ramai yang sedar pemberian percuma ini dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang sebagai affiliate marketer, namun masih ada lagi yang gagal kerana mereka melupakan asas-asas yang perlu dipatuhi apabila menghasilkan sesuatu produk yang akan diberikan secara percuma.

Utamakan kualiti, bukan kuantiti
Kebanyakkan mereka yang gagal kerana terlampau mementingkan kuantiti. Dimana mereka berpendapat bahawa komisyen akan lebih banyak terhasil jika kita memberikan lebih banyak pemberian percuma. Kenyataan tersebut adalah benar sekali. Namun jika ia dikategorikan sebagai sebuah produk sampah, anda bukan sahaja tidak dapat menghasilkan komisyen affiliate, malah kredibiliti anda juga turut terjejas.

Oleh itu, utamakan kualiti anda apabila memberikan sesuatu yang percuma pada mereka. Ini dapat dilakukan dengan menganggap ia sebagai produk yang berbayar. Apabila anda mempunyai pemikiran yang demikian, kualiti adalah keutamaan anda. Dimana saya pasti anda tidak mahu para pembeli kecewa apabila memiliki produk berbayar anda.

Luangkan sedikit masa anda untuk memberi deskripsi produk
Sebagai contoh, dalam laporan percuma pastikan anda meletakkan satu atau dua produk sahaja yang berkaitan dengan laporan anda. Ini bagi mengelakkan salah faham pembaca yang akan menganggap anda ingin melakukan promosi semata-mata.

Anda juga disarankan untuk memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai produk yang dicadangkan agar dapat mendidik para pembaca untuk membuat keputusan yang lebih tepat sebelum membelinya. Pastikan anda berikan informasi dari sudut kelebihan dan kekurangan produk tersebut. Dengan berbuat demikian, mereka akan lebih yakin untuk melaburkan wang mereka untuk membeli produk tersebut.

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk menjana pendapatan daripada affiliate. Bagi anda yang mempunyai sebarang persoalan, sila kongsikannya di ruangan komen yang disediakan.