Friday, February 12, 2010

5 Kunci Rahsia

Hadis :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:" "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

Tip Langkah Merancang Perbelanjaan Anda

Dalam menguruskan kewangan, perancangan pembelanjaan secara bijak penting, tidak kira anda berpandapatan besar atau kecil. jika salah percaturan anda mungkin melakukan kesilapan seperti terlalu banyak berhutang, lewat membayar bil dan tidak mempunyai simpanan untuk masa depan. Kesilapan seumpama ini boleh di elakkan dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Dengan harga barang, minyak yang meningkat, dan membebankan anda. Rancang perbelanjaan yang bijak. semoga tip ini membantu anda

1. Tentukan matlamat kewangan.
Matlamat kewangan perlulah menggambarkan perkara yang ingin anda kecapi dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Dengan penetapan matlamat ini, ia akan membantu anda memahami nilai sebanar wang dan menggalakkan untuk anda berbelanja dengan lebih bijak.. Tetapkan jangka masa sama ada pendek, sederhana, panjang. rancang apa yang ingin anda lakukan sama ada.
Membeli rumah atau kereta
membina keluarga
Menabung untuk pendidikan anak
Menyimpan wang untuk kegunaan selepas bersara
.

2. Jejaki aliran keluar wang anda Selepas matlamat kewangan ditentukan, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik dan terancang agar matlamat yang yang diba mudah tercapai. Ingat matlamat yang dibuat dalam masa jangka terdekat bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi bagi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini anda boleh mengetahui.
bagaimana dan kemana anda membelanjakan wang anda?
berapa jumlah hutang anda pasa setiap bulan?
Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan?
berapa jumlah wang yang dibuat tabungan pada setiap bulan?
 
3. Nilai Tabiat berbelanja anda
Sekiranya anda mendapati wang anda tidak berbaki pada penghujung setoap bulan, sudah tiba masanya anda memulakan penilaian terhadap tabiat berbelanja anda. teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang benar-benar diperlukan atau sekadar memenuhi kehendak anda sahaja. awasi sama ada anda.
Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
Hutang lebih besar dari pendapatan bulanan
Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama anada mampu atau tidak.
Mengeluarkan wang simpanan untuk membeli barangan berjenama dan sekadar memenuhi kehendak.

4. Tulis rancangan perbelanjaan anda.Pelan perbelanjaan mampu membantu anda dalam merancang kewangan. Melaluinya anda boleh mengesan ke mana wang anda dibelanjakan. Seterusnya mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan berikut:-
Tentukan jumlah pendapatn bulanan anda.
Pastikan jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain-lain
Asingkan sejumlah wang bagi tujuan kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.