Sebelum kita membincangkan berkaitan dengan kelebihan-kelebihan perniagaan Internet, apa kata kita menyelusuri dahulu tentang pengenalan perniagaan internet itu sendiri. Apakah itu perniagaan internet..?
Secara umumnya, perniagaan internet adalah perniagaan yang dijalankan di Internet. Maksudnya proses jual beli sesuatu produk atau perkhidmatan itu berjalan secara online iaitu melalui internet. Manakala usahawan internet pula adalah mereka yang menjalankan perniagaan Internet tersebut.
Perniagaan Internet merupakan perniagaan yang berkembang dengan pesat sekali pada masa kini. Semakin ramai usahawan internet menceburkan diri di dalam bidang ini dan ada di antara mereka yang memperolehi pendapatan yang lumayan sehinggakan ada yang telah menjadi jutawan..
Berikut beberapa kelebihan yang ada dalam perniagaan internet.
- Tidak Memerlukan Modal Yang Besar - Dengan melaksanakan perniagaan Internet, anda tidak memerlukan modal ribuan ringgit. Hanya dengan Rm100 sehingga Rm200, anda sudah boleh menjalankan perniagaan sama ada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa. Di sesetengah keadaan, anda mungkin tidak memerlukan modal walau satu sen pun untuk menjalankan perniagaan.
- Kos Pemasaran Rendah atau Percuma - Anda hanya menggunakan modal yang sedikit untuk tujuan promosi. Malahan anda juga boleh melakukan promosi dengan PERCUMA.
- Pelanggan Di Seluruh Dunia - Memandangkan internet merupakan dunia tanpa sempadan, maka pelenggan untuk perniagaan Internet adalah dari seluruh dunia. Pelanggan yang luas ini membolehkan anda memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda dan lumayan.
- Tidak Memerlukan Kedai & Stok - Anda tidak memerlukan tapak dan kedai secara nyata untuk menjalankan perniagaan. Anda juga tidak memerlukan simpanan stok jika anda menjual produk digital atau perkhidmatan. Segala tapak, kedai dan stok berada di hosting anda.
Apa yang anda tunggu lagi..mulakan perniagaan Internet anda sekarang