Sunday, February 7, 2010

Google Chrome 4.0 dilancarkan

 
Setelah memperkenalkan Google Chrome 4.0 Beta sebelum ini untuk saluran pembangun, kini, versi penuh dan stabil Chrome 4.0 sudah pun sedia untuk dimuat-turun dan dikemaskini untuk para pengguna Google Chrome yang mana membawakan sokongan Extension dan juga Bookmark Sync.
Buat masa ini, Google Chrome 4.0 versi stabil yang dilepaskan untuk para pengguna Windows sahaja, dan masih lagi tiada sebarang berita untuk pengguna Linux dan Mac OS X. Sebelum ini, Google telah memperkenalkan Chrome versi 4.0.249.78 untuk saluran pembangun pada 21 Januai yang lepas, dan versi tersebut kini muncul sebagai versi stabil untuk para pengguna Windows.
Melalui Google Chrome 4.0 versi stabil ini, ianya membawakan sokongan Extension, dimana anda dengan mudah boleh menambah fungsi-fungsi baru daripada pihak ketiga dengan mudah sekali sama seperti fungsi Addon pada Firefox. Pada masa yang sama, melalui fungsi Bookmark Sync yang didatangkan bersama Chrome 4.0 ini, para pengguna boleh membolehkan senarai Bookmark anda diakses melalui PC dan Laptop yang berlainan dengan mudah dan tidak lagi perlu membuatnya secara manual seperti sebelumnya.
Selain daripada itu, Chrome 4.0 juga membawakan beberapa fungsi yang dipertingkatkan seperti enjin V8 yang dipertingkatkan, fungsi sekuriti serba baru, aplikasi pembangun yang diperbaiki dan sebagainya. Pada pengguna boleh memuat-turun Chrome 4.0 secara terus daripada laman Google Chrome atau mengemaskini pelayar mereka secara automatik dengan mudah.

I-Charge

Ciri-Ciri Khas i-CHARGE

Pemantap Voltan i-CHARGE merangkumi 3 sistem, yakni :
• Sistem Pemantap Voltan
• Sistem Doktor Bateri
• Sistem Pengurangan Gangguan

 

Petunjuk Lampu LED bagi Sistem Doktor Bateri i-CHARGE adalah seperti berikut : 
 
Fungsi dan Keberkesanan i-CHARGE
• Menjimatkan petrol secara berkesan
• Menstabilkan gerak balas RPM
• Meningkatkan tork enjin (engine torque)
• Meningkatkan kuasa motor enjin kereta
Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
• Jangan buka atau ubahsuai produk demi mengelakkan sebarang kerosakan atau kecederaan.
• Produk ini hanya direka bentuk untuk kereta yang berkuasa voltan 12V saja.
• Jangan mencabut atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu.
• Semasa i-CHARGE digunakan, pastikan setiap palamnya dimasukkan ke dalam soket dengan selamat.
• Jika soket suis pencucuh terlonggar, ketatkan setiap mata soket sebelum ia dipasang.
• Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim, keadaan jalan raya dan jenis kereta masing-masing.

Kelebihan-kelebihan produk
• Meningkatkan gerak balas penekan petrol dan kuasa motor enjin.
• Mengurangkan kadar kesilapan CPU kereta, meningkatkan kecekapan peralatan elektronik kereta.
• Melancarkan proses penukaran gear kereta
• Membaiki dan memecutkan gerak balas motor enjin supaya lebih menjimatkan petrol.
• Memaksimumkan kecekapan penghidupan enjin supaya berjalan lebih lancar.
• Memanjangkan jangka hayat sistem litar elektrik dan alat-alat elektronik kereta.
• Cara pemasangan yang mudah dan selamat digunakan. Satu pilihan DIY yang pertama bagi pemandu wanita
• Sesuai untuk semua jenis kereta dan motosikal.
• Mengurangkan gangguan bunyi bising menerusi penapis gangguan bunyi, supaya menyediakan sistem bunyi yang lebih berkesan.
• Dilengkapi dengan 2 Pelindung Fius untuk perlindungan yang lebih baik dan selamat digunakan.
• Meningkatkan gerak balas RPM dengan kadar pecutan yang tinggi walaupun alat penyaman udara kereta dipasang pada tahap
maksimum ketika cuaca panas.
• Mengurangkan kadar pembebasan gas-gas karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC) ke udara.
• 12 bulan waranti produk.