Monday, February 8, 2010

Panduan Memilih Kamera Digital

 
SensorKamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaannya. Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup. Namun begitu bagi SLR, ISO100 sehingga ISO1250 masih boleh 'diguna' walaupun kebanyakannya boleh sampai sehingga ISO3200. Selain daripada itu, image yang terhasil akan lebih banyak Noise.
Image ProcessorSelain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya. Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.
Fungsi-fungsi Tambahan
Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tambahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.
Saiz dan Rekabentuk
Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA

1. Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.
2. Jika anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.
3. Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.
4. Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.
5. Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.
6. Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

 
Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.
2. Lakukan senaman ringan
3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.
4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.
5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.
6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.
7. Curahkan di atas kertasCurahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.
8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.
9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.
10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.