Friday, February 19, 2010

Info Kesihatan : Kemurungan

 
Kemurungan
Pengenalan
Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.
Tanda & gejala
  1. Perubahan perasaan
    • Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
  2. Gangguan terhadap fungsi kognitif
    • Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.
    • Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.
    • Fikiran ingin membunuh diri.
    • Hilang keseronokan
    • Hilang tumpuan
    • Hilang minat
  3. Tanda Biologi
    • Hilang selera makan
    • Hilang berat badan
    • Gangguan tidur
    • Hilang keinginan seksual
    • Gangguan kitaran haid
    • Cepat lesu
Komplikasi
Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan. Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang. Ia mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Rawatan
Kemurungan boleh dirawat secara berkesan. Terdapat banyak cara rawatan dan gabungan rawatan adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum sesuatu diagnosa dibuat dan rawatan dimulakan.
  1. Pharmacotherapy:
    • Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubat-ubatan ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia menerima lain-lain rawatan.
  2. Terapi Psychologikal:
    • Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya.
  3. Terapi Kognitif
    • Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik kejadian itu.
  4. Terapi Berkumpulan
    • Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah yang sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.
  5. Terapi "Electro-convulsive"
    • Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi mengancam nyawa atau dalam masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri yang tinggi.
Langkah Pencegahan
Teknik mengurangkan stress.
Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.
Kumpulan Sokongan
  • KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
  • MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
  • Kumpulan-kumpulan Sokongan Kelurga disetiap negeri

19 Aplikasi Berguna Untuk Iphone

 
Bagi anda yang memiliki iPhone, pasti anda memiliki semua aplikasi yang menarik bagi anda dalam iPhone anda. Bagaimana dengan aplikasi yang berguna bagi anda? Sesuatu yang memaksimumkan penggunaan iPhone anda? Cuba lihat di bawah ini 19 aplikasi yang berguna bagi iPhone anda.
Battery
Ada banyak sekali aplikasi yang membantu anda untuk mengindikasikan berapa sisa bateri anda. Sangat sulit mana yang terbaik, di mana semuanya menawarkan hal yang sama. Banyak yang gratis, dan hampir semuanya memiliki bintang tiga. Dari semua itu, BatteryMagic menjadi pilihan di sini.

BatteryMagic akan membantu anda mengisi waktu yang terluang untuk:
  • 3D Game Play
  • Game Play
  • Talk Time
  • 3G Internet
  • Wi-Fi Internet
  • Video Playback
  • Audio Playback
  • Standby Time
  • iPod Video Play Time
  • iPod Audio Play Time
Selain itu, aplikasi ini juga akan menunjukkan berapa lama lagi bateri anda selesai dicas.
 
Unlock Screen Notifications 
kadang-kadang anda memerlukan sebuah penggera apa yang harus anda lakukan tanpa harus membuka telefon anda, mencari aplikasinya dan membukanya. iNotify membuat semua itu menjadi mudah dengan menaruh jadual kegiatan anda pada layar anda ketika telepon terkunci, jadi anda cukup menyalakan telefon anda saja. Aplikasi ini hanya seharga $0.99 saja.
  

All-in-One

AppBoxPro telah banyak digunakan banyak orang kerana berisikan aplikasi seperti: battery life, clinometer, currency converter, date calculator, countdown/days until, flashlight with adjustable brightness, holidays from 83 nations, loan calculator, periodic calculator, price grab, random number generator, ruler, sale price calculator, system info, tip calculator, 52-language translator and a unit converter with 17 categories.
Bulan diturunkannya artikel ini, aplikasi ini seharusnya sudah dapat memiliki customizable themes, a calculator, a strobe and new graphics to the flashlight, nine more languages to the translator, holidays from 11 more countries, and a "secure wallet" app.
Aplikasi ini berharga $1.99..
  
Wireless mouse/trackpad

AirMouse Pro ($1.99) merubah iPhone anda menjadi sebuah mouse nirkabel atau sebuah trackpad. Aplikasi ini menggunakan accelerometer dari iPhone untuk merubah gerakan tangan menjadi gerakan mouse. Dapat berfungsi sebagai:
  • Accelerometer based mouse
  • Trackpad (full screen vertical and landscape modes)
  • Media keys and Web keys
  • Application notifications - Remote keyboard with modifier, function and arrow keys
  • Programmable hotkeys (can be set to run a program or keyboard combination)
  • Scroll pad
  • Multi-touch gestures (scroll & right click)
  • Password protection
  • Custom sensitivity settings
  • Foreign-language keyboards
  • Support for Bonjour or static IP
  • No screen size limitation. Works with multiple monitors
 Camera flash
Banyak pengguna iPhone mempermasalahkan fokus kamera karena kurang cahaya.
Flash for Free, sebuah aplikasi gratis, memiliki 9 efek pencahayaan dan fungsi undo. Dasarnya, anda mengambil foto, gunakan aplikasinya dan terangkan hasilnya. Tapi tidak berguna untuk foto di malam hari.
Camera Flash and More sebuah aplikasi yang lebih baru. Aplikasi ini berharga $0.99.
  

Camera functionality
Hal lain yang sering diributkan oleh pengguna iPhone adalah kurangnya fitur zoom. HD Camera ($1.99) mencoba menyelesaikan masalah ini, dengan memberikan fitur 4x digital zoom dengan real-time preview.