Thursday, January 7, 2010

Kelebihan Blog










Sepertimana yang kita tahu, pemasaran merupakan nadi utama dalam perniagaan. Namun dalam perniagaan internet pula, terdapat 1001 kaedah yang boleh anda gunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Ini termasuklah menjadikan blog sebagai medium pemasaran utama anda.
Penggunaan blog kini menjadi satu keutamaan terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kerana potensi pemasaran melalui kaedah ini telah terbukti dapat meningkatkan penjualan secara drastik. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyokong kenyataan ini, antaranya:

Meningkatkan Komunikasi Bersama Para Pelanggan
Dengan mempunyai blog, anda kini lebih mudah untuk berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan anda walau dimana jua mereka berada. Kewujudan blog juga dapat memberikan anda peluang untuk meningkatkan komunikasi antara peniaga dan pembeli. Jadi, bagi mereka yang menjual produk (digital dan fizikal) atau perkhidmatan di internet, pastikan anda mempunyai blog untuk memudahkan para pelanggan berkomunikasi dengan anda.

Mendidik Para Pelanggan Anda
Dengan mempunyai blog, anda perlu mengutamakan post-post yang dapat membantu para pelawat untuk memahami perniagaan yang anda jalankan. Sebagai contoh, anda boleh menulis sebuah artikel berkaitan cara-cara penggunaan produk atau perkhidmatan anda dimana ia sekaligus dapat memudahkan bakal pembeli untuk membuat keputusan untuk membelinya.
Teknik ini juga dikenali sebagai “soft-sell”. Jika anda sentiasa mengutamakan manfaat yang boleh diberikan kepada para pembeli, maka kepercayaan mereka akan meningkat untuk membeli sesuatu yang anda tawarkan.










No comments: