Friday, February 26, 2010

Blackberry Storm And iPhone

Blackberry Storm 2

 
Telefon bimbit ini merupakan versi naik taraf daripada versi terdahulu. Pelancaran Storm 2 merupakan petunjuk jelas bahawa versi Storm adalah versi Blackberry yang diminati. 

Apa yang menjadikan Storm popular dikalangan Blackberry adalah rekabentuk yang menarik serta gabungan ciri-ciri menarik telefon bimbit yang disatukan didalamnya. bahagian luaran yang dipertingkat menjadikan telefon lebih ringan dan mudah dibawa. Luaran berwarna hitam berkilat menjadikan ianya ideal bagi pengguna koperat dan eksekutif muda. Dimensi telefon ini adalah 112×62x14mm.
Yang paling menarik adalah skrin lebar yang jelas dan terang. Skrin sesentuh yang pantas berinteraksi apabila disentuh dan amat selesa digunakan.Saiz skrin adalah 3.25 inci dan resolusi skrin adalah 480×320 piksel. Semua menu dapat dilihat dengan jelas serta skrin lebar membuatkan ianya lebih elegan. Tidak seperti model sebelum ini, tiada sela(gap) antara bingkai dan skrin.
 
Storm 2 juga dilengkapi dengan kamera 3.2 megapiksel, cukup untuk mengambil gambar-gambar secara tidak sengaja ataupun ternampak sesuatu yang menarik untuk diambil gambar. Gambar juga boleh dilihat semula melalui skrin lebar resolusi tinggi.
Sistem operasi bagi Storm 2 adalah menggunakan Blackberry OS 5.0. Semua aplikasi cepat bertindakbalas dan kita boleh akses kepada semua aplikasi dengan pantas. Dari sudut pengguna akhir, ianya amatlah menguntungkan untuk melabur dalam telefon bimbit ini. Pelungsur web juga pantas untuk memproses JavaScript serta CSS. Salah satu yang menarik adalah Storm 2 juga menyokong Google gears dan widget Blackberry.

Ciri-ciri maju yang lain adalah seperti Blackberry Enterprise Server 5. Ianya membantu kita mengakses fail Windows, email Microsoft Exchange dan juga Outlook. Storm 2 menyokong WiFi. Email dapat dikirim dan diterima dengan lebih pantas dan juga boleh akses laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Oleh itu kita akan sentiasa dalam talian walaupun dalam perjalanan. Kita tidak lagi terlepas email-email penting kerana email boleh diakses dengan lebih mudah.

Storm 2 menyokong GSM serta EDGE dan jalur tunggal UMTS dengan HSPDA. Kebolehsambungan bukanlah menjadi isu jika kita menggunakan Storm 2. Dimana sahaja boleh berinternet jika ada rangkaian yang menyokongnya. Memori dalaman telefon ini adalah 2GB tetapi boleh juga dinaiktaraf kepada 16GB menggunakan kad mikro SD. Bekalan kuasa juga menakjubkan. Ianya menggunakan bateri 1400 mAH dengan masa bercakap 6 jam dan masa sedia 280 jam.

Rumah Termewah di Dunia

 
ANTILLA, 'istana' Mukesh Ambani mengungguli senarai kediaman termahal di dunia hanya selepas ia siap dibina pada Januari 2009.
 
Sehingga detik itu, empat kediaman yang menjadi sebutan seluruh dunia ialah;

Villa La Leopolda
Lokasi: Cap Ferrat, Perancis
Nilai semasa: RM1.6 bilion
   
KEDIAMAN Roman Abramovich, pemilik kelab bola sepak Chelsea, diisytiharkan yang termewah di dunia kerana dibeli dengan harga RM1.6 bilion.

Keputusan membeli villa di atas bukit mengadap French Riviera itu dibuat selepas jutawan Russia itu terpaut dengannya ketika bersiar-siar di kawasan berkenaan bersama teman wanitanya, Daria Zhukova.

Villa berwarna krim bergelar La Leopolda itu bukan saja dikenali kerana panorama menakjubkan laut selatan Perancis, tetapi juga terletak di kawasan kaya alam semula jadi selain di kawasan itu turut dibina rumah peranginan Villefranche.

Seramai 50 tukang kebun diupah untuk menyelenggarakan landskap seluas 8 hektar yang ditanam dengan 1,200 pokok saru, zaitun, limau dan lemon.

Pemilik sebelumnya termasuk tokoh perbankan terkemuka mendiang Edmund Safra; pengasas Microsoft, Bill Gates dan hartawan perusahaan kereta Fiat, Gianni Agnelli.

Asalnya, villa ini dibina untuk perempuan simpanan Raja Belgium, King Leopold II. Namun, pada 1916 ketika perang dunia pertama, anak saudara juga pewarisnya, King Albert I mengubah fungsi kediaman itu menjadi hospital pegawai tentera yang cedera dalam pertempuran.Setiap bulan, Abramovich perlu membayar kira-kira RM94 juta untuk gadai janjinya.

Ini bukan kali pertama dia membeli hartanah kerana sebelum ini, dia turut memiliki Chateau de la Croe yang terletak tidak jauh dari La Leopolda, bernilai RM94 juta. Kediaman ini dulunya dihuni bekas monarki British, Duke of Windsor yang melarikan diri dengan Wallace Simpson pada 1938.

Abramovich juga pemilik hartanah di Knightsbridge, Sussex dan Russia.

Updown Court Windlesham
Lokasi: Surrey, England
Nilai semasa: RM458 juta
Luas kediaman: 60,000 kaki persegi

 
DITAWARKAN untuk jualan pada 2005. Kediaman 103 buah bilik yang dibina di atas tanah seluas 23.2 hektar ini menyajikan panorama berlandskap dan hutan kecil.

Terletak di pinggir desa yang menampilkan pemandangan alam semula jadi, kelebihan ini mengundang fantasi buat penghuninya terutama yang mengimpikan kehidupan cerita dongeng kanak-kanak.

Selain lobi dan dewan tari-menari yang tersergam indah, rumah agam ini turut menyediakan bilik panik, sebuah gelanggang skuasy, sebuah pusat boling, lapangan helikopter mendarat, pawagam memuatkan 50 penonton, garaj bagi lapan limosin manakala laluan masuk ke rumah dilitupi marmar sekali gus menguatkan lagi ciri mewahnya.

Dua puluh dua daripada 103 bilik adalah bilik tidur dilengkapi kamar mandi berkemasan jubin.

Starwood/Hala Ranch
Lokasi: Aspen, Colorado, Amerika Syarikat
Nilai semasa: RM448 juta
Luas kediaman: 56,000 kaki persegi
 
DIILHAMKAN daripada perkataan Arab ‘Ahalan’ yang bermaksud selamat datang, Hala Ranch yang juga dikenali sebagai Starwood Ranch adalah kediaman terbesar di barat Amerika Syarikat dan kedua terbesar seluruh dunia.

Sebelum ini, Hala Ranch milik duta Arab Saudi yang ditugaskan di Amerika Syarikat, Putera Bandar bin Sultan. Namun, kini terpaksa dijual kerana putera itu menjawat jawatan baru sebagai kaunselor keselamatan negara di tanah airnya, Arab Saudi.

Menakjubkan kerana luas bahagian tengahnya saja mampu menyaingi ukuran Rumah Putih. Kediaman ini menawarkan 15 bilik tidur dengan setiap satunya berkembar patio bersama 16 bilik air.

Lif dibina bagi pengunjung menjelajah seisi rumah yang ditunjangi hiasan dalaman dan kemasan daripada kayu mahogani, gangsa selain tingkap kaca berwarna.

Bilik tetamu dibina bersambung dengan taman dalam rumah yang mengandungi kolam renang dan air terjun buatan selain diberi jaminan keselamatan menerusi sistem penggera canggih.

Maison de L'Amitie
Lokasi: Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat
Nilai semasa: RM415 juta
Luas kediaman: 43,000 kaki persegi
  
RUMAH agam ini dibeli Donald Trump pada 2004 dalam satu lelongan dengan harga RM136 juta. Pemilik asalnya ialah bekas eksekutif kesihatan, Abe Gosman.

Kediaman mengagumkan ini menawarkan dewan tari-menari, rumah pemuliharaan (konservatori) selain sebuah kolam renang sepanjang 100 kaki.

Trump menetapkan harga jualan semula sejumlah RM125 juta. Matlamatnya ialah memecahkan rekod syarikat hartanah Ron Perelman yang berjaya menjual rumah termahal di Palm Beach Florida pada 2004 dengan nilaian RM232 juta. 

Thursday, February 25, 2010

Bella Pulang ke Pangkuan Keluarga

Pusat Perkhidmatan Nikon di BERJAYA TIMES SQUARE

 
BERMATLAMAT memberi peluang kepada pelanggan mendekati teknologi fotografi di bawah satu bumbung, Nikon Corporation baru-baru ini telah melancarkan pusat perkhidmatan Nikon di Malaysia.
Terletak di tingkat satu, East Wing, Kompleks membeli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, ia merupakan pusat perkhidmatan inovatif Nikon terbesar di Asia Tenggara.Menerusi pembukaan pusat sehenti bagi produk pengimejan itu, penggemar aktiviti fotografi berkesempatan menyentuh, melihat dan merasai sendiri pengalaman interaksi bersama peralatan kamera.

Terdapat juga beberapa perkhidmatan lain yang disediakan seperti khidmat baik pulih, khidmat nasihat, pameran dan sebagainya.Menurut Ketua Operasi Asia Nikon Corporation, Nobuyoshi Gokyu, pusat tersebut menawarkan pelbagai perkhidmatan terbaik demi memberi kepuasan kepada pelanggan.
  
''Secara ringkas, pusat ini akan membekalkan segala informasi lengkap mengenai Nikon.
''Mereka juga boleh mendapatkan khidmat servis serta menyertai aktiviti seperti demonstrasi, seminar dan juga pameran yang dilakukan oleh jurugambar profesional, '' katanya pada pelancaran pusat tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pembangunan pusat yang bernilai RM2 juta itu turut mendapat kerjasama daripada syarikat pengedar sah bagi produk Nikon di Malaysia iaitu Futuromic AV Photo Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan Futuromic AV Photo Sdn. Bhd., Francis Lai, berkata, persefahaman dan kepercayaan yang terjalin di antara kedua-dua syarikat mampu meningkatkan keunggulan dan kecemerlangan industri pengimejan negara ini.
  
''Pusat ini mempunyai tarikan tersendiri. Dari segi layanan, kami menyediakan pasukan teknikal yang berpengalaman untuk membantu urusan operasi agar lebih berkesan dan melebihi jangkaan pengunjung,'' jelasnya.
Dengan keluasan 900 meter persegi, pusat tersebut menyediakan pameran pelbagai rangkaian produk kameranya seperti Coolpix, siri kamera SLR, lensa Nikkor dan sebagainya.
Maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi yang dijalankan oleh pusat perkhidmatan Nikon ini boleh didapati daripada laman web www.nikoncentre.nikon.com.my.

Hadis Mensyukuri Nikmat

 
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula."
Riwayat Tabrani

Huraian :
i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.
ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.
iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T. 

Wednesday, February 24, 2010

iPhone Gold

 
Kalau anda lagi berminat membeli sebuah iPhone, maka iPhone 3G dari Stuart Hughes ini sangat berharga dan mewah. Kenapa tidak, iPhone 3G yang satu ini dihiasi dengan cassing emas 22 karat ditambah pula kemewahan lainnya seperti Logo Apple yang terbuat dari Berlian (53 WSI Diamond). Untuk urusan fitur, iPhone 3G emas ini sama seperti iPhone 3G biasa seperti Kamera 2 MP, Bluetooth, Wifi, Skrin sentuh dengan resolusi 320×480. Menariknya iPhone 3G versi mewah ini sudah di unlock, jadi anda boleh menggunakannya dengan operator apapun sesuai dengan keinginan anda. Untuk urusan harga iPhone 3G yang satu ini dijual dengan harga sekitar 35.000 dollar US..

Kanak-kanak Ajaib diDunia

Gregory Smith 

Masuk Pencalonan Penghargaan Nobel Peace Prize pada Usia 12 Tahun
 
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith sudah mampu membaca pada umur 2 tahun dan masuk kuliah pada umur 10 tahun. Smith bukan sahaja jeniusdi usia mudanya,dia juga melakukan banyak perjalanan mengelilingi dunia sebagai aktivis Perdamaian dan Hak Asasi Anak.
Smith merupakan pendiri International Youth Advocates, sebuah organisasi yang menjaga perdamaian dan memberikan bantuan untuk anak-anak di dunia. Dia pernah berdialog dengan Bill Clinton dan Mikhail Gorbachev dan pernah memberikan pidato di depan PBB. Sampai saat ini, Smith sudah 4 kali dinominasikan dalam penghargaan Nobel Peace Prize.

Cleopatra Stratan

Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Bayaran €1000 per Lagu
  
Cleopatra lahir pada 6 Oktober 2002 di Chisinau, Moldova dan merupakan anak dari penyanyi Pavel Stratan. Cleopatra adalah penyanyi termuda yang meraih kejayaan secara komersial dengan albumnya “La vârsta de trei ani” yang dilancarkan tahun 2006 (ketika dia berumur 3 tahun). Dia juga memegang rekod sebagai penyanyi termuda yang tampil langsung selama 2 jam di depan penonton yang berjumlah besar, penyanyi termuda yang mempunyai bayaran paling tinggi, penyanyi termuda yang menerima MTV Award dan penyanyi termuda yang menembus #1 hit di negaranya (”Ghita” di Romanian Singles Chart).

Aelita Andre 

Pelukis Berusia 2 Tahun yang Karyanya Dipamerkan di Gallery
Lukisan-lukisan abstrak hasil karya pelukis Aelita Andre (2 tahun) membuat orang-orang dunia seni di Australia berdecak kagum. Aelita mendapat kesempatan untuk memamerkan karya-karyanya ketika Mark Jameison, Direktur Brunswick Street Gallery di Melbourne, diminta oleh seorang fotografer untuk menyertakan karya-karya Aelita di pameran kelompok dengan memperlihatkan sebagian karya-karya Aelita kepada Jameison. Jameison menyetujui untuk menyertakan karya-karya Aelita tanpa mengetahui siapa sebenarnya Aelita.
Jameison mulai mempromosikan pamerannya, mencetak undangan-undangan dan menayangkan iklan di majalah seni seperti Art Almanac dan Art Collector. Setelah itulah Jameison menemukan fakta mencengangkan bahwa sang pelukis, Aelita Andre, adalah seorang anak kecil, putri dari Kalashikova dan hanya berusia 22 bulan.
Kini Aelita dan karya-karyanya banyak diperbincangkan dan dipakai oleh berbagai media seperti BBC World News, Telegraph (England), Art Collector, Art Almanac dan publikasi-publikasi internasional di Jerman, Rusia, Spanyol, China, Asia, Jepang, USA dan sebagainya.
 
Fabiano Luigi Caruana

Grandmaster pada Usia 14 Tahun
 
Seorang anak berwarganegara Amerika dan Italia ini sungguh jenius. Pada tahun 2007 ia memperoleh Grandmasternya. Sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.
Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, ia memperoleh Elo rating 2649 dalam usianya yang di bawah 18 tahun, membuatnya sebagai pemeroleh ranking terbanyak dan menakjubkan. Hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.
  
Akrit Jaswal
  
Doktor Bedah Usia 7 Tahun
  
Akrit Jaswal adalah seorang anak India yang disebut-sebut sebagai “the world’s smartest boy”. Akrit meraih perhatian publik ketika pada tahun 2000, dia melakukan pengobatan medis pertamanya. Saat itu dia berumur 7 tahun. Pasiennya, seorang anak perempuan lokal berumur 8 tahun yang tidak mampu berobat ke dokter. Tangan anak perempuan itu terbakar api, menyebabkan jari-jarinya dalam posisi menggenggam dan tidak bisa dibuka. Akrit belum pernah mendapatkan latihan atau pengalaman di bidang pembedahan sebelumnya, akan tetapi dia mampu melakukan pembedahan sehingga jari-jari anak perempuan tersebut dapat terbuka kembali dan mampu untuk menggunakan fungsi tangannya sebagaimana mestinya.
Akrit memfokuskan kepandaiannya ke bidang pengobatan dan pada umur 12 tahun, dia mengklain bahwa dia sedang dalam penelitian untuk penyembuhan penyakit kanker. Saat ini dia sedang menjalani kuliahnya di jurusan Science di Chandigarh College dan merupakan mahasiswa termuda yang pernah diterima oleh Universitas di India..

Tuesday, February 23, 2010

Tarikh Lahir : Tips dari Fadzilah Kamsah


 
Dari Fadhilah Kamsah punya method.cuba try compare,jadi tak ???A'kum, tip mengenal diri sendiri melalui tarikh lahir dari dr.fadzilah kamsah.....

1.pemimpin
2.lembut
3.kemas(cerewet)
4.rajin
5.boleh berbincang
6.angin
7.patuh
8.bisnes
9.glamour

cth Tarikh Lahir : 20/ 05 /1981  

2+0=2 maka kotak pertama adalah 2 kemudian campur kesemua nombor... 2+0+0+5+1+9+8+1=26 kemudian hasil campur yg lebih dr 9 akan dicampur lagi seperti 2+6=8 maka kotak kedua adalah 8

selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 2+8=10
oleh kerana hasil campur lbh dr 9 maka dicampur lagi 1+0=1 maka kotak ketiga ialah 1
hasilnya

2:lembut
8:bisnes
1:pemimpin

maka anda sudah cermin diri anda mungkin sifat2 ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dgn sifat ini anda akan menjadi seorg yg berguna... selamat mencuba

Apakah yang perlu dilakukan jika anda diberhentikan kerja.

Angkanya semakin meningkat, adakah anda juga akan menjadi sebahagian daripada perangkaan itu nanti? Ya, 57,244 pekerja telah diberhentikan dari Januari hingga 22 Ogos tabun ini. Juga turut dinyatakan bahawa lebih daripada 50,000 pekerjaan masih boleh diperolehi 
Bagaimanapun, ia tidaklah menjadi satu kelegaan kepada mereka yang diberhenti kerja. Mereka mungkin layak atau tidak layak untuk jawatan kosong itu, kerja itu di bandar atau pekan yang berbeza atau kerja itu begitu asing kepada mereka dan akhir sekali usia juga mungkin menjadi halangan.
Sehingga ekonomi mula pulih, ramai yang akan kehilangan kerja mereka akibat permintaan yang semakin merosot, kos pengeluaran yang tinggi atau apabila syarikat mereka ditutup.
Jika syarikat hendak membuang pekerja tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh pekerja itu. Nama anda mungkin tersenarai untuk dibuang kerja atau mungkin anda terselamat daripadanya.
Bagaimanapun anda boleh bersedia dengan keadaan yang lebih baik supaya tidak terasa kejutannya atau apabila ia i berlaku kepada anda sendiri.

Pemberhentian kerja
 
Dibuang atau diberhenti kerja tidaklah mengejutkan jika anda telah bersedia untuk menghadapinya. Ini dapat diketahui melalui maklumat bahawa perkara itu akan dijalankan tidak lama lagi.
Biasanya terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat oleh pekerja bahawa pembuangan pekerja akan dilakukan. Sebagai pekerja, anda boleh melihat sesuatu yang tidak kena seperti sebelum ini; mungkin terdapat semakin kurang kerja kerana permintaan yang semakin merosot untuk produk yang dikeluarkan.
Adakah syarikat itu sedang membuat pengambilan pekerja atau telah menghentikannya? Jika kerja semakin perlahan dan permintaan semakin merosot ia bukanlah tanda yang aik.
Jika syarikat mendapat keuntungan yang sedikit atau berada dalam keadaan bahaya anda boleh menjangkakan dengan meneliti angka jualan, kos dan keuntungan.
Langkah pemotongan kos juga menunjukkan syarikat bermasalah sperti pembiayaan sepenuhnya untuk percutian kakitangan. Pemotongan kos juga mungkin termasuk pengurangan tenaga kerja.
Jadi sebenarnya terdapat banyak tanda yang boleh anda jadikan iktibar yang menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan syaritkat itu. Kadangkala tandanya lebih jelas dalam jabatan tertentu. Sebagai contoh, bahagian jualan dan pemasaran akan merasakannya terlebih dulu sebelum bahagian pengeluaran.
Mereka yang berada di jabatan perakaunan akan mengetahui bagaimana buruknya situasi itu. Anda perlu bercakap dengan teman anda di jabatan lain untuk mendapat maklumat mengenai situasi kewangan syarikat.

Hak anda
Jika anda diberhenti kerja dan dilindungi oleh Akta Pekerjaan 1955 (EA), anda seharusnya memastikan bahawa majikan anda membayar kepada anda sekurang-kurangnya faedah pemberhentian kerja yang paling minimum.
EA melindungi hanya pekerja yang berpendapatan RM1,500 atau kurang sebulan dan pekerja biasa tidak kira berapa banyak pendapatan mereka dan kategori pekerja tertentu yang lain sepertimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama.
Pekerja yang tidak dilindungi oleh EA terpaksa bergantung kepada majikan mereka untuk menentukan jumlah pampasan yang akan diterima.
Di bawah Peraturan Pekerjaan (Pemberhentian dan Faedah Pemberhentian 1980) Akta Pekerjaan 1955, majikan yang telah memberhentikan pekerja dengan tempoh setahun perkhidmatan perlu membayar faedah yang berhak diterimanya. Bagi mereka yang bekerja kurang daripada dua tahun boleh menuntut gaji 10 hari bagi setiap tahun perkhidmatan; bagi mereka yang bekerja dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun boleh menuntut gaji 15 hari untuk setiap tahun perkhidmatan dan mereka yang bekerja selama lima tahun atau lebih boleh menuntut gaJi 20 hari untuk setiap tahun perkhidmatan.
Bagi tahun perkhidmatan yang tidak lengkap, bayaran seharusnya dibuat berdasarkan pro rata, dikira mengikut bulan yang terdekat. Bayaran faedah pemberhentian seharusnya dibayar oleh majikan tidak kurang daripada tujuh hari selepas tarikh pemberhentian.
Majikan mestilah memberikan notis pemberhentian kepada pekerja. Bagaimanapun, jika perkhidmatan pekerja diberhentikan tanpa notis atau sebelum tempoh notis penuh sudah berlalu maka majikan mestilah membayar sejumlah bayaran yang bersamaan dengan gaji yang terakru kepada pekerja untuk tempoh notis.
Pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tabun berhak untuk mendapat gaji empat minggu dengan notis; mereka yang berkhidmat dua hingga empat tahun boleh menuntut enam minggu gaji dan mereka yang berkhidmat lima tahun atau lebih boleh menuntut gaji lapan minggu sebagai ganti notis.
Sebagai tambahan, pekerja apabila diberhentikan mestilah dibayar untuk apa saja baki cuti tahunannya dengan kadar gaji biasa yang dibayar kepadanya.
Menangani kehilangan pekerjaan
 
Apabila anda kehilangan kerja, anda perlu mempelajari bagaimana untuk menanganinya dengan dua tahap – emosi dan kewangan.
Seseorang itu biasanya dikenali melalui perkerjaanya jadi kerjanya adalah sebahagian daripada identitinya. Kehilangan kerja bermakna kehilangan sebahagian daripada identiti dirinya.
Pekerjaan adalah lebih daripada soal mengenai wang. Tanpa pekerjaan seseorang itu mungkin merasakan kehilangan status, kuasa dan kebebasan. Ia mungkin merupakan satu halangan (walaupun sementara) kepada impian dan harapannya.
Bagi pekerja yang sudah berusia, kehilangan kerja menyakitkan kerana mungkin berfikir usianya akan memberikan kelebihan kepadanya untuk mencari pekeriaan baru. Dia mungkin merasakan kesetiaannya selama bertahun-tabun kepada Syarikat tidak berguna lagi.
Syarikat biasanya memberhentikan pekerja berdasarkan pekerja terakhir masuk keluar dahulu yang bermakna pekerja terbaru dalam kategori yang sama terpaksa diberhent terlebih dulu. Bagaimanapun, beberapa syarikat akan memberhentikan pekerja yang mempunyai gaji yang lebih tinggi (kebanyakannya adalah orang lama) untuk menjimatkan belanjaan ke atas gaji dalam jangka panjang.
Tetapi jika syarikat dit maka tidak kira berapa perkhidmatan mereka, semuanya akan turut terjejas.
Kehilangan pekerjaan memberikan reaksi yang berbeza kepada seseorang. Sesetengah daripadanya pulih dengan cepat berbanding dengan orang lain. Sesetengahnya mungkin melihat pemberhentian kerja mereka sebagai satu peluang untuk melakukan sesuatu berbeza terutamanya jika faedah pemberhentian begitu banyak.
Tetapi bagi mereka yang lain adalah penting pampasan itu sehingga mendapat pekerjaan yang lain. Jika anda sudahpun mengesyaki bahawa pemberhentian kerja akan dilakukan dan nama anda akan berada didalam senarainya maka anda seharusnya mula bersiap sedia dengan perkara berikut:

  • Menyuarakan hasrat kepada rakan dan kenalan bahawa anda bersedia untuk bekerja.Jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan anda sendiri dengan wang pampasan daripada faedah pemberhentian kerja, mulakan dengan mendapatkan seberapa banyak kenalan. Jangan melibathan diri dengan sebarang komitmen kewangan yang besar. Ini bukanlah masanya untuk anda membeli rumah atau kereta baru. Jika anda sudah pun mempunyai tanggungjawab terhadap rumah atau flet bersedialah untuk tempoh 12 bulan berikutnya, cubalah kurangkan kos untuk pengubahsuaian dan perabot. Hanya kerana rumah baru bukanlah sepatutnya segalanya mesti baru. Sewa beli bermakna terperangkap dalam hutang dan anda seharusnya cuba untuk mengelakkan dari berhutang yang menjadikan anda tidak mampu di masa depan. Dan jika anda diberhentikan kerja, pastikan anda menerima faedah yang betul. Kemudian lakukan perkara berikut untuk membantu anda sebelum memperolehi pekerjaan yang baru:

  • Mulakan dengan membnat belanjawan supaya facdah pemberhentian kerja dapat bertahan seberapa lama yang mungkin.Terimalah apa saja kerja yang ditawarkan. Ini bukanlah masanya untuk anda memilih kerja. Siapa tahu bila tawaran kerja yang lain akan datang kemudian.Jika anda masih bujang tanpa tanggungan, anda mungkin boleh mengambil peluang untuk belajar kembali dalam bidang profesional atau kelayakan perniagaan sehingga pasaran kerja pulih.Pastikan pelaburan anda berada dalam kecairan kerana anda mungkin terpaksa menggunakannya ketika berada dalam kesusahan. Bagaimanapun, jika anda memulakan perniagaan kecil anda sendiri, pastikan anda tahu apa yang anda lakukan.Jika anda mempunyai simpanan dalam simpanan tetap, anda perlu mempertimbangkan untuk memecahkannya kepada simpanan tetap yang lebih kecil untuk memudahkan anda ketika anda memerlukan wang dengan segera.Ini kerana walaupun anda mungkin mengeluarkan simpanan tetap anda pada bila-bila masa sebelum tarikh matang anda akan hanya dibayar separuh kadar faedahnya. Simpanan tetap yang dikelu ark an sebelum bulan ketiga, bagaimanapun, tidak akan mendapat sebarang kadar faedah.  

    Jika anda memecahkan simpanan tetap anda kepada simpanan tetap yang lebih kecil anda akan hanya mengalami sedikit kerugian dalam kadar faedah jika anda perlu menggunakan. wang simpanan tetap anda.
    Walaupun bank pada amnya membenarkan anda meminjam berdasarkan simpanan tetap anda, ia masih membebankan anda kerana ia akan mengenakan kadar faedah terhad piniaman itu.

Info Gadget : Jam tangan Blackberry

 
Jam Tangan Blackberry ini berbeza dengan jam tangan biasa, kerana Blackberry Watch ini boleh“berkomunikasi” atau dihubungkan dengan Blackberry anda via Bluetooth untuk menampilkan email, sampai SMS. Antara fungsi Blackberry Smartwatch ini diantaranya adalah skrin OLED 1,3 Inch, Bentuk yang full metal, Vibrating, port MicroUSB dan tentunya Baterii yang boleh dicas.



Saturday, February 20, 2010

Iklan Kreatif Terbaik 2010

Inilah iklan-iklan keatif dan terbaik 2010. iklan lucu dan unik.

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 


10 Website Widgets Terbaik Dunia

Informasi teknologi 10 Website Widgets Terbaik Dunia. Widget adalah aplikasi mini web yang dapat anda masukkan ke dalam website anda,jika anda seorang blogger saya rasa anda tahu dan pernah memasang widget di menu sidebar blog anda salah satu yang populer dari kalangan blogger adalah widget shoutmix / shotbox.













Beberapa widget terbaik lainya adalah :
# YouTube
# Blog Page Widget
# Google Ad Sense
# Flickr Lightbox
# Meebo Chat Room
# Google Maps
# Skype Me!
# Google Video
# Wufoo Form
# Collect Donation Widget









Friday, February 19, 2010

Info Kesihatan : Kemurungan

 
Kemurungan
Pengenalan
Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.
Tanda & gejala
  1. Perubahan perasaan
    • Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
  2. Gangguan terhadap fungsi kognitif
    • Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.
    • Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.
    • Fikiran ingin membunuh diri.
    • Hilang keseronokan
    • Hilang tumpuan
    • Hilang minat
  3. Tanda Biologi
    • Hilang selera makan
    • Hilang berat badan
    • Gangguan tidur
    • Hilang keinginan seksual
    • Gangguan kitaran haid
    • Cepat lesu
Komplikasi
Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan. Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang. Ia mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Rawatan
Kemurungan boleh dirawat secara berkesan. Terdapat banyak cara rawatan dan gabungan rawatan adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum sesuatu diagnosa dibuat dan rawatan dimulakan.
  1. Pharmacotherapy:
    • Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubat-ubatan ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia menerima lain-lain rawatan.
  2. Terapi Psychologikal:
    • Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya.
  3. Terapi Kognitif
    • Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik kejadian itu.
  4. Terapi Berkumpulan
    • Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah yang sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.
  5. Terapi "Electro-convulsive"
    • Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi mengancam nyawa atau dalam masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri yang tinggi.
Langkah Pencegahan
Teknik mengurangkan stress.
Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.
Kumpulan Sokongan
  • KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
  • MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
  • Kumpulan-kumpulan Sokongan Kelurga disetiap negeri

19 Aplikasi Berguna Untuk Iphone

 
Bagi anda yang memiliki iPhone, pasti anda memiliki semua aplikasi yang menarik bagi anda dalam iPhone anda. Bagaimana dengan aplikasi yang berguna bagi anda? Sesuatu yang memaksimumkan penggunaan iPhone anda? Cuba lihat di bawah ini 19 aplikasi yang berguna bagi iPhone anda.
Battery
Ada banyak sekali aplikasi yang membantu anda untuk mengindikasikan berapa sisa bateri anda. Sangat sulit mana yang terbaik, di mana semuanya menawarkan hal yang sama. Banyak yang gratis, dan hampir semuanya memiliki bintang tiga. Dari semua itu, BatteryMagic menjadi pilihan di sini.

BatteryMagic akan membantu anda mengisi waktu yang terluang untuk:
  • 3D Game Play
  • Game Play
  • Talk Time
  • 3G Internet
  • Wi-Fi Internet
  • Video Playback
  • Audio Playback
  • Standby Time
  • iPod Video Play Time
  • iPod Audio Play Time
Selain itu, aplikasi ini juga akan menunjukkan berapa lama lagi bateri anda selesai dicas.
 
Unlock Screen Notifications 
kadang-kadang anda memerlukan sebuah penggera apa yang harus anda lakukan tanpa harus membuka telefon anda, mencari aplikasinya dan membukanya. iNotify membuat semua itu menjadi mudah dengan menaruh jadual kegiatan anda pada layar anda ketika telepon terkunci, jadi anda cukup menyalakan telefon anda saja. Aplikasi ini hanya seharga $0.99 saja.
  

All-in-One

AppBoxPro telah banyak digunakan banyak orang kerana berisikan aplikasi seperti: battery life, clinometer, currency converter, date calculator, countdown/days until, flashlight with adjustable brightness, holidays from 83 nations, loan calculator, periodic calculator, price grab, random number generator, ruler, sale price calculator, system info, tip calculator, 52-language translator and a unit converter with 17 categories.
Bulan diturunkannya artikel ini, aplikasi ini seharusnya sudah dapat memiliki customizable themes, a calculator, a strobe and new graphics to the flashlight, nine more languages to the translator, holidays from 11 more countries, and a "secure wallet" app.
Aplikasi ini berharga $1.99..
  
Wireless mouse/trackpad

AirMouse Pro ($1.99) merubah iPhone anda menjadi sebuah mouse nirkabel atau sebuah trackpad. Aplikasi ini menggunakan accelerometer dari iPhone untuk merubah gerakan tangan menjadi gerakan mouse. Dapat berfungsi sebagai:
  • Accelerometer based mouse
  • Trackpad (full screen vertical and landscape modes)
  • Media keys and Web keys
  • Application notifications - Remote keyboard with modifier, function and arrow keys
  • Programmable hotkeys (can be set to run a program or keyboard combination)
  • Scroll pad
  • Multi-touch gestures (scroll & right click)
  • Password protection
  • Custom sensitivity settings
  • Foreign-language keyboards
  • Support for Bonjour or static IP
  • No screen size limitation. Works with multiple monitors
 Camera flash
Banyak pengguna iPhone mempermasalahkan fokus kamera karena kurang cahaya.
Flash for Free, sebuah aplikasi gratis, memiliki 9 efek pencahayaan dan fungsi undo. Dasarnya, anda mengambil foto, gunakan aplikasinya dan terangkan hasilnya. Tapi tidak berguna untuk foto di malam hari.
Camera Flash and More sebuah aplikasi yang lebih baru. Aplikasi ini berharga $0.99.
  

Camera functionality
Hal lain yang sering diributkan oleh pengguna iPhone adalah kurangnya fitur zoom. HD Camera ($1.99) mencoba menyelesaikan masalah ini, dengan memberikan fitur 4x digital zoom dengan real-time preview.


 




Friday, February 12, 2010

5 Kunci Rahsia

Hadis :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:" "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

Tip Langkah Merancang Perbelanjaan Anda

Dalam menguruskan kewangan, perancangan pembelanjaan secara bijak penting, tidak kira anda berpandapatan besar atau kecil. jika salah percaturan anda mungkin melakukan kesilapan seperti terlalu banyak berhutang, lewat membayar bil dan tidak mempunyai simpanan untuk masa depan. Kesilapan seumpama ini boleh di elakkan dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Dengan harga barang, minyak yang meningkat, dan membebankan anda. Rancang perbelanjaan yang bijak. semoga tip ini membantu anda

1. Tentukan matlamat kewangan.
Matlamat kewangan perlulah menggambarkan perkara yang ingin anda kecapi dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Dengan penetapan matlamat ini, ia akan membantu anda memahami nilai sebanar wang dan menggalakkan untuk anda berbelanja dengan lebih bijak.. Tetapkan jangka masa sama ada pendek, sederhana, panjang. rancang apa yang ingin anda lakukan sama ada.
Membeli rumah atau kereta
membina keluarga
Menabung untuk pendidikan anak
Menyimpan wang untuk kegunaan selepas bersara
.

2. Jejaki aliran keluar wang anda Selepas matlamat kewangan ditentukan, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik dan terancang agar matlamat yang yang diba mudah tercapai. Ingat matlamat yang dibuat dalam masa jangka terdekat bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi bagi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini anda boleh mengetahui.
bagaimana dan kemana anda membelanjakan wang anda?
berapa jumlah hutang anda pasa setiap bulan?
Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan?
berapa jumlah wang yang dibuat tabungan pada setiap bulan?
 
3. Nilai Tabiat berbelanja anda
Sekiranya anda mendapati wang anda tidak berbaki pada penghujung setoap bulan, sudah tiba masanya anda memulakan penilaian terhadap tabiat berbelanja anda. teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang benar-benar diperlukan atau sekadar memenuhi kehendak anda sahaja. awasi sama ada anda.
Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
Hutang lebih besar dari pendapatan bulanan
Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama anada mampu atau tidak.
Mengeluarkan wang simpanan untuk membeli barangan berjenama dan sekadar memenuhi kehendak.

4. Tulis rancangan perbelanjaan anda.Pelan perbelanjaan mampu membantu anda dalam merancang kewangan. Melaluinya anda boleh mengesan ke mana wang anda dibelanjakan. Seterusnya mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan berikut:-
Tentukan jumlah pendapatn bulanan anda.
Pastikan jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain-lain
Asingkan sejumlah wang bagi tujuan kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.
 

Thursday, February 11, 2010

Kata-kata HIKMAH

Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

MSI CR720 : NoteBook Klasik Berukuran 17.3 inchi

 
Anda sedang mencari laptop berukuran 17 inchi? Silalah baca info ini siapa tahu model laptop berikut boleh jadi acuan ataupun pilihan Anda membeli laptop nanti.
Pihak MSI baru saja menambahkan laptop terbaru untuk jajaran Classic Series yaitu model CR720 yang berukuran layar monitor 17.3 inchi. Produk laptop CR720 ini tidak hadir sendiri, melainkan bersamaan dengan kehadiran laptop berukuran layar monitor 14 inchi dengan tipe CX420 dan CR420.
Dari segi konfigurasi hardware, kurang lebih ketiganya sama. Dimana dibekalkan dengan processor Intel Core, memori mencapai 4GB RAM dan kapasiti hardisk mencapai 500GB. Untuk grafik sendiri, laptop 17.3 inchi dan memiliki layar beresolusi 1600×900 ini menggunakan kartu grafis Intel GMA onboard.
Laptop MSI CR720 juga dilengkapi dengan Wi-Fi, HDMI port, Bluetooth, webcam 1.3 Megapixel, built-in speakers plus subwoofer, 4-in-1 card reader. Laptop ini juga sudah dibekalkan dengan sistem operasi Windows 7.
Sampai sekarang ini belum ada  informasi mengenai harga dari laptop MSI ini...

Cara Senaman pagi bagus untuk anda!

Hanya amik masa 7 minit untuk buat

senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...





ni ala taichi sikit la...

sebagai intro dan warming up..





tiru la macam ni...

untuk melegakan bahu dan leher..





wa..wa.. aaa





gerak kekanan kemudian ke kiri..





gerak ke kiri kemudian ke kanan





ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..





tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..





dah tu buat gerakan tangan dan badan...

buat macam happy aje..





kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...

buat macam takde masaalah...





buat secara aggresive  pula...

jangan peduli apa orang lain kata..~~gagaga~~