Dalam menguruskan kewangan, perancangan pembelanjaan secara bijak penting, tidak kira anda berpandapatan besar atau kecil. jika salah percaturan anda mungkin melakukan kesilapan seperti terlalu banyak berhutang, lewat membayar bil dan tidak mempunyai simpanan untuk masa depan. Kesilapan seumpama ini boleh di elakkan dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Dengan harga barang, minyak yang meningkat, dan membebankan anda. Rancang perbelanjaan yang bijak. semoga tip ini membantu anda
1. Tentukan matlamat kewangan.
Matlamat kewangan perlulah menggambarkan perkara yang ingin anda kecapi dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Dengan penetapan matlamat ini, ia akan membantu anda memahami nilai sebanar wang dan menggalakkan untuk anda berbelanja dengan lebih bijak.. Tetapkan jangka masa sama ada pendek, sederhana, panjang. rancang apa yang ingin anda lakukan sama ada.
• Membeli rumah atau kereta
• membina keluarga
• Menabung untuk pendidikan anak
• Menyimpan wang untuk kegunaan selepas bersara .
2. Jejaki aliran keluar wang anda Selepas matlamat kewangan ditentukan, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik dan terancang agar matlamat yang yang diba mudah tercapai. Ingat matlamat yang dibuat dalam masa jangka terdekat bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi bagi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini anda boleh mengetahui.
• bagaimana dan kemana anda membelanjakan wang anda?
• berapa jumlah hutang anda pasa setiap bulan?
• Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan?
• berapa jumlah wang yang dibuat tabungan pada setiap bulan?
3. Nilai Tabiat berbelanja anda
Sekiranya anda mendapati wang anda tidak berbaki pada penghujung setoap bulan, sudah tiba masanya anda memulakan penilaian terhadap tabiat berbelanja anda. teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang benar-benar diperlukan atau sekadar memenuhi kehendak anda sahaja. awasi sama ada anda.
• Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
• memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
•Hutang lebih besar dari pendapatan bulanan
• Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama anada mampu atau tidak.
• Mengeluarkan wang simpanan untuk membeli barangan berjenama dan sekadar memenuhi kehendak.
4. Tulis rancangan perbelanjaan anda.Pelan perbelanjaan mampu membantu anda dalam merancang kewangan. Melaluinya anda boleh mengesan ke mana wang anda dibelanjakan. Seterusnya mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan berikut:-
• Tentukan jumlah pendapatn bulanan anda.
• Pastikan jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain-lain
•Asingkan sejumlah wang bagi tujuan kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment