Tuesday, March 16, 2010

Cuaca Panas diMalaysia Pada Ketika Ini..


Memang terasa betul cuaca panas hari ini. Anda pula macam mana? Inilah yang dinamakan satu rahmat yang sangat berharga apabila hujan turun mencurah-curah di Malaysia ketika ini.  Satu kenikmatan yang tidak terkata atas rahmat yang diturunkanNya. Saya sendiri satu hari sekali ganda minum air masak berbanding hari-hari sebelum ini. Yang pastinya penjual air batu campur (ABC) dan cendol untung besar. Begitu juga penjual penghawa dingin.

Inilah yang dinamakan global warming. Ya…Bumi sudah tua teruk. Siapa yang punya angkara? Kita sendiri juga. Kurang kesedaran dalam pada masa yang sama pembangunan yang dijalankan tidak selari dengan pemeliharaan alam sekitar. Itu sebabnya sekarang ini, lepas satu-satu bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Dan yang terbaru, kejadian bencana Tsunami di Chile.

Itu sebabnya, apabila diadakan program seperti Earth Hour 2010 nanti, sama-samalah kita libatkan diri. Ya…kalau dilihat dengan tempoh masa hanya 1 jam, apalah sangat yang boleh dilakukan sepanjang program Earth Hour 2010 itu berlangsung. Tetapi, sekurang-kurang kita BERTINDAK daripada sekarang!!

Nasihat untuk saya sendiri dan juga kepada pembaca semua di saat cuaca panas hari ini:
  1. Minum air masak yang banyak. Elakkan diri daripada minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh mengakibatkan anda dehidrasi (kekurangan air yang melampau). Selain air mineral, teh herba atau pun jus boleh segarkan badan tubuh badan anda.
  2. Rancangan kegiatan luar anda. Elakkan kegiatan luar yang berlebihan
  3. Kurangkan makanan yang berprotein tinggi kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan anda.
  4. Memakai pakaian yang berwarna cerah dan terang. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari
  5. Ini pula melibatkan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak ditinggalkan secara bersendiran di dalam kenderaan walaupun untuk jangkamasa beberapa minit.
  6. Anda, ada nak tambah yang lain?

No comments: