PEMILIK akaun e-mel pasti pernah menerima mel elektronik yang dihantar daripada alamat pengirim yang tidak dikenali dan sering kali dikaitkan dengan e-mel spam.
Kebiasaannya, e-mel yang dihantar daripada pengirim tidak dikenali itu mengandungi pesanan mel yang tidak memberi sebarang makna atau mempunyai unsur boleh mengancam keselamatan pemiliknya.Bagaimanapun, perlu diingat penerimaan e-mel seumpamanya juga boleh dihantar daripada pengirim yang dikenali apabila ia digunakan oleh program yang boleh mengancam dan berniat jahat.
Ciri e-mel spam yang dimaksudkan itu mampu menarik perhatian pengguna dengan mendorong mereka untuk membeli produk atau menyaran pemilik akaun untuk mendaftarkan diri bagi perkhidmatan yang ditawarkan.
Ada kalanya, ia turut dilengkapi fail lampiran dan laman web yang menghubungkan pengguna dengan program berbahaya dan memiliki unsur ancaman yang boleh mendedahkan identiti peribadi pemilik.Kepada pengguna biasa, adalah sukar untuk menentukan sama ada e-mel yang diterima itu memiliki ciri mel Spam.
Cara untuk mengenalpasti mel Spam dapat dilihat berdasarkan penggunaan nama unik bagi tajuk e-mel yang dihantar bagi menarik perhatian pengguna untuk membukanya.Jika anda berdepan dengan situasi itu, saranan Tip IT adalah `Jangan Buka´ e-mel terbabit sehingga identiti pengirim dapat dikenal pasti.
Ciri e-mel spam dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan rangkaian ayat yang disengajakan dieja dengan salah bagi mengelirukan program antispam yang dipasang di dalam komputer pemilik.
Selain itu, pendekatan yang sama digunakan bagi mendapatkan maklumat peribadi pemilik e-mel menerusi penghantaran pesanan yang dikenali Phishing.Ia adalah proses penghantaran e-mel spam berunsurkan penipuan apabila kebiasaannya datang daripada pihak bank atau institusi kewangan tanpa pengetahuan mereka.

Jika e-mel seumpamanya diterima, pastikan laman web yang dihubungkan itu adalah asli terutama apabila ia datang daripada pihak bank.Sehubungan itu, pelbagai komponen keselamatan turut dibangunkan pada
e-mel anda menerusi komponen penapisan spam bagi melindungi pengguna.Malah, bagi memastikan anda dilindungi, pengguna emel disarankan untuk memiliki lebih daripada satu e-mel.Ini bagi membolehkan anda mencuba laman web yang diterima berunsurkan mel spam itu, dengan didaftarkan menerusi pendekatan penggunaan latar belakang pemilik yang tidak tepat.Menerusi pendekatan itu, pemilik akaun e-mel dapat mengenal pasti sama ada e-mel yang diterima itu mempunyai unsur e-mel spam yang dimaksudkan.

No comments:
Post a Comment