Saturday, March 6, 2010

Panasonic Lumix FT1 :Lasak dan tahan gegar

 
LASAK dan praktikal. Itulah inovasi terkini yang diterapkan pada kamera digital terbaru Panasonic, Lumix FT1.

Selain menampilkan rekaan moden dan kontemporari, pada masa sama kamera berkelajuan tinggi ini sesuai digunakan dalam aktiviti lasak.

Mengapa Lumix FT1 dikatakan lebih lasak? Semestinya faktor itu didorong permukaan badan kamera yang diperbuat daripada keluli tahan lasak dan gegar. Selain itu, kamera digital canggih ini boleh digunakan dalam air pada kedalaman sehingga tiga meter!
 
 Biarpun definisi format dipadatkan melalui teknologi AVCHD Lite, kamera digital ini masih memberikan hasil rakaman mengagumkan.Bersesuaian dengan ciri kompak dan praktikal yang dimilikinya, Lumix FT1 diperkemaskan dengan sudut kelebaran rakaman foto hingga 28mm menggunakan lensa Leica DC Vario-Elmar. Kamera ini juga mampu mencapai sasaran zoom sehingga 4.6 kali dengan resolusi imej sehingga 12.1 megapiksel.
  
Tambah menarik, skrin LCD TFT yang diterapkan sebesar 2.7 inci, sekali gus memperlihatkan hasil fotografi lebih luas. Dengan berat hanya 128 gram, Lumix FT1 tidak harus diketepikan begitu saja!

No comments: