Friday, March 12, 2010

Samsung Perkenal Netbook N220 dan N150


SAMSUNG membuka tirai tahun baru 2010 dengan menampilkan dua model netbook di bawah siri N terbarunya iaitu N220 dan N150 menerusi pelancaran Samsung MyCity 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengenalan dua siri N-Netbook ini dilihat sebagai keyakinan Samsung untuk meningkatkan penguasaan pasarannya dalam industri ´komputer mini´ selaras pendekatan industri lain yang yakin jualan netbook dijangka terus meningkat tahun ini.Menariknya, siri N ini bukan hanya tampil dengan rekaan lebih bergaya bagi menarik perhatian, namun ia turut menawarkan prestasi terbaik untuk segmen netbook seperti keupayaan bateri yang tahan antara lapan hingga 12 jam.

Ia ditambah dengan keupayaan prosessor Intel Atom N450 dan disokong Intel GMA3150 untuk grafik yang sekali gus membolehkan kedua-dua model menyokong penggunaan sistem operasi Windows yang terbaru, Windows7.Di sebalik reka bentuk nipis dan ringan, siri ini menawarkan kapasiti storan 250 GigaBait (GB) dan skrin.WSVGA seluas 10.1 inci (1024 x 600) menggunakan cahaya belakang diod pemancar cahaya (LED).

Keistimewaan pada skrinnya jelas membuktikan pembaharuan dalam teknologi paparan Samsung apabila mampu memberikan kejelasan paparan imej yang optimum, walaupun dalam keadaan terlalu cerah atau gelapdengan menghapuskan sepenuhnya kesan silauan cahaya luar. Sistem audio Samsung juga tidak mengecewakan menerusi pembesar suara saluran 2.1 binaan dalaman yang bakal memberikan kepuasan pengguna mendengar muzik.

Pelbagai pilihan pemindahan data turut ditawarkan seperti tiga slot USB 2.0, Bluetooth 2.1+EDR, slot kad memori tiga dalam satu serta sambungan tanpa wayar 802.11bgn. Kedua-dua model N-Netbook ini akan mula dipasarkan di negara ini bulan depan pada harga RM1,299 bagi N150 dan RM1,499 untuk N220, yang mana kedua-duanya hanya berbeza berdasarkan keupayaan maksimum bateri masing-masing.
 
  • Windows 7 Starter
  • Intel ATOM Processor N450 (1.66GHz, 667MHz, 512KB)
  • 1GB DDR2 memory
  • 10.1" WSVGA (1,024 x 600), Non-Gloss, LED Back Light display
  • 250GB (5,400rpm S-ATA) HDD
  • 802.11b/g/n
  • Bluetooth 2.1 + EDR
  • 0.3MP Web Camera
  • 3-in-1 (SD, SDHC, MMC)
  • 264.0 x 188.0 x 25.3 - 26.7 mm
  • 1.24 kg

No comments: