Saturday, January 30, 2010

Pemasaran Video


Pemasaran video atau lebih dikenali sebagai “Video Marketing” adalah sesuatu yang masih baru dalam dunia perniagaan internet tempatan. Tidak salah juga untuk saya katakan bahawa kemajuan dalam pemasaran video ini mengalami kemajuan hari demi hari berikutan peningkatan tahap teknologi dalam dunia perniagaan maya ini.
Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak menggunakan teknik pemasaran ini sepenuhnya. Ini berikutan teknik ini memerlukan kepakaran yang khusus bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Terdapat beberapa usahawan internet yang dapat anda lihat dimana mereka menggunakan pemasaran video sebagai medium utama untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.
Namun, adakah teknik pemasaran ini sesuai digunakan di negara kita?
Jawapannya ialah ia sesuai digunakan jika anda tahu mengaplikasikannya dengan kaedah yang betul dan menepati citarasa masyarakat sekeliling. Anda perlu memahami beberapa perkara penting mengenai pemasaran video ini sebelum anda berhasrat untuk menggunakannya bagi melariskan produk atau perkhidmatan anda. Antaranya ialah:
Memudahkan proses pendidikan
Melalui video, anda dapat memudahkan proses untuk mendidik para pelanggan untuk memahami maklumat mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ia juga dapat membantu mereka menjimatkan masa dimana mereka hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menonton video tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Namun, pembikinan video adalah sesuatu yang kritikal dimana anda perlu mengambil berat setiap aspek seperti kualiti penghasilan video, penggunaan audio dan gabungan media-media yang lain agar anda menjadikan video tersebut lebih interaktif dan menarik perhatian para penonton.
Sebagai contoh, anda boleh lihat iklan-iklan berbentuk video di laman web seperti Youtube.com dan lakukan analisis bagaimana mereka berjaya menarik perhatian anda dengan hanya menyediakan video panduan selama beberapa minit sahaja.
Mencipta keunikan tersendiri
Jika anda seorang yang bijak mengambil peluang, maka anda perlu melaksanakan teknik pemasaran melalui video kerana ia dapat mengasingkan perniagaan anda dengan pesaing-pesaing yang lain. Keunikan yang dimaksudkan ialah mempunyai “x-factor” yang menyebabkan para pelanggan menyukai video anda dan menyebarkannya pada rakan-rakan yang lain (word-of-mouth marketing).
Bagi menjana idea-idea kreatif untuk membentuk keunikan dalam video, beberapa kriteria penting harus dititikberatkan terlebih dahulu. Antaranya:
  • Tema video anda
  • Pemilihan warna bagi melambangkan produk atau perkhidmatan
  • Video yang singkat dan maklumat yang padat
  • Mudah untuk difahami
Anda boleh jadikan senarai diatas sebagai rujukan utama bagi mencipta keunikan dalam video anda. Walaubagaimanapun, anda tetap memerlukan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang luas dalam teknik ini. Dengan kata lain, “Learn As You Do It”.
Kepentingan “kreativiti” dalam pemasaran video
Bagi mencipta daya penarikan terhadap para penonton, kreativiti adalah sesuatu yang harus dititikberatkan dalam aspek penghasilan video. Untuk menjadi seorang yang kreatif dalam penghasilan video, maka perbanyakkan latihan dan penyelidikan video-video di luar sana. Ambil contoh-contoh video yang terbaik dan lihat bagaimana mereka lakukannya.
Kesimpulannya, penghasilan video yang terbaik ialah video yang menggunakan masa yang tidak begitu lama dan penyampaian straight to the point. Persoalannya pula, adakah anda pernah menggunakan teknik ini untuk mempromosikan sebarang produk atau perkhidmatan anda? Kongsikan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen yang disediakan.

Friday, January 29, 2010

Perniagaan Internet


Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".
Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan
Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-
  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel
Perniagaan Berasaskan Produk
Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.
Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-
Produk Fizikal
  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual Peta
  • Menjual Model Kapal Terbang
  • Menjual Menjual CD multimedia
  • Menjual Cadar

    Produk Digital
  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial
  • dan bermacam-macam lagi...
Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!
Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.
Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.

Thursday, January 28, 2010

Pemasaran Internet


Apakah Pemasaran Internet (Internet Marketing)?
Pemasaran internet merujuk kepada segala aktiviti untuk memasarkan produk atau perkhidmatan melalui medium internet dan merangkumi berbagai teknik khusus termasuk pembinaan laman web jualan, shopping cart jualan, pemprosesan bayaran melalui internet, 'search engine optimization' (SEO), penjanaan trafik ke laman web, pengiklanan dan proses pemasaran itu sendiri.
Apakah yang boleh dijual melalui Pemasaran Internet?
Apa-apa sahaja asalkan produk tersebut boleh dijual di internet dan ada yang akan membelinya online. Ramai usahawan internet telah menjual produk dan perkhidmatan mereka seperti ebook, software, khidmat freelance (grafik, penulisan, programming), produk affiliate (untuk mendapat komisyen jualan), gelang, kasut dan produk-produk dari eBay.
Apakah bahaya pemasaran internet kepada PEMBELI?
Seperti mana-mana perniagaan, sama ada di alam maya internet ataupun di alam nyata, memang pasti wujudnya segelintir manusia yang akan menyalahgunakan internet untuk menipu (con), menjalankan aktiviti penipuan (fraud) dan menganggu ketenteraman awam. Teknik-teknik yang digunakan didalam pemasaran internet juga telah digunakan secara berleluasa oleh mereka yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
Anda dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mengunjungi laman web yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
Jika anda curiga atau was-was dengan penjualan sesuatu produk, sama ada di sebuah laman web atau forum, elakkan dari membelinya. Selidiki dulu laman web berikut, latar belakang penjual dan produk yang ditawarkan. Gunakan payment processor seperti PayPal, khidmat escrow dan sebagainya kerana anda boleh mendapat wang anda kembali (refund), jika produk atau perkhidmatan tidak memuaskan.
Apakah bahaya pemasaran internet kepada PENJUAL?
Sebagaimana terdapat bahaya untuk pembeli di internet, terdapat juga bahaya bagi mereka yang menjual barangan online.
Bahaya #1: Masalah ditipu pembeli: ada juga segelintir pembeli yang cuba menipu penjual dengan tidak membayar sepenuhnya untuk produk atau perkhidmatan yang diterima.
Bahaya #2: Masalah penggodam: Blog-blog yang jarang dikemaskinikan (update), penggunaan skrip-skrip yang tidak 'secured' dan sebagainya memudahkan laman web diceroboh.
Bagaimana hendak memastikan perniagaan internet anda tidak menyalahi undang-undang:
  • Jangan melibatkan diri dengan jualan atau pemasaran produk-produk atau perkhidmatan berkaitan penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
  • Jika anda ragu-ragu tentang sebuah program affiliate atau program referral, elakkan dari menyertainya.
  • Sentiasa bersikap jujur, berterus-terang dan amanah dengan bakal pembeli dan pembeli.
  • Berikan maklumat yang berfaedah kepada pengunjung laman web anda

    Adakah saya SESUAI untuk menjalankan perniagaan secara online melalui kaedah pemasaran internet?
  1. Anda mesti tahu menggunakan komputer atau laptop dan aksesori berkaitannya, seperti modem, penyambungan ke internet dan sebagainya.
  2. Anda mesti tahu cara back-up laman web dan dokumen-dokumen anda pada PC dan pada internet.
  3. Anda mesti RAJIN dan SUKA BELAJAR PERKARA BARU.
  4. Anda mesti ada 'initiative' sendiri untuk belajar tentang web design, programming, SEO dan apa-apa berkaitan laman web dan internet.
  5. Anda mesti kuat semangat dan tidak mudah berputus asa (walaupun tidak ada pembeli atau dimarah pembeli atau digodam berkali-kali.)
  6. Sebaik-baiknya anda SUKA duduk di hadapan komputer berjam-jam untuk membina laman web, mengemaskini laman web, mencipta produk, memantau laman web dan back-up data anda.
  7. Anda mesti ADA MASA untuk berada di hadapan PC anda, memantau laman web dan jualan anda dan memastikan semua dalam keadaan baik.



Tuesday, January 26, 2010

Sudah terbukti berkesan..

 

Beroperasi dari rumah dengan hanya sebuah komputer untuk memeriksa pesanan daripada pembeli yang melawat laman interaktif web





















Siti Noorhafezah Maarop, 28, yang sanggup berhenti kerja untuk menjadi suri rumah dan pada masa sama menjalankan perniagaan melalui Internet di rumah.
Wanita ini mengambil keputusan meninggalkan kerja makan gaji sebagai pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas melahirkan anak pertama dua tahun lalu.
Graduan ijazah sarjana muda teknologi maklumat dari UKM ini menjelaskan, beliau membuka laman web www.cadarshop.com          

Friday, January 22, 2010

Kenapa Anda Perlu ADA Nama Domain Sendiri.


ADA 5 sebab mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri.

Seringkali saya mendengar orang bertanya “Mestikah saya mempunyai nama domain sendiri untuk website saya?”. Jawapannya… “YA! MESTI!”.
Tahukah anda? Jika anda meletakkan website anda di web hosting percuma, pihak yang mendapat manfaat yang paling besar sekali ialah syarikatweb hosting tersebut, manakala, pihak yang mendapat manfaat yang paling kecil dan akhir sekali ialah… anda. Mengapa?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang nyata mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri, antaranya :-

1 : Profesional, mudah diingati serta pendek
Apabila anda mempunyai nama domain anda sendiri, nama domain anda akan berbunyi http://www.websiteanda.com , berbanding jika andamendapatkan perkhidmatan web hosting serta nama domain percuma, ia akan berbunyi.http://www.webhostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/ . Pada pendapat anda, alamat manakah yang kelihatan lebih profesional?  Yanglebih pendek? Serta yang lebih mudah untuk diingati? Saya pasti anda tahu jawapannya..


2 : Kredibiliti
Jika anda menjual sesuatu barang ataupun menawarkan sesuatu perkhidmatan di internet. Langkah pertama, untuk anda membina kredibiliti andaadalah dengan memiliki nama domain anda sendiri. Dengan memiliki nama domain anda sendiri, pelawat-pelawat yang ingin menjadi pelanggananda akan berasa lebih yakin serta selesa kerana mereka akan beranggapan mereka sedang berurusan dengan sebuah organisasi yang besar dankukuh. Seperti di dunia nyata, seseorang itu lebih yakin serta selesa untuk membeli sesuatu barang di kedai atau kaunter berbanding membeli daripada orang-orang yang berkeliaran di tepi jalan atau kaki lima.

3 : Email
Apabila anda mempunyai nama domain sendiri, anda juga boleh mempunyai beberapa alamat email yang berakhir dengan nama domain andaseperti anda@websiteanda.com . Apabila anda mempunyai beberapa alamat email yang berakhiran dengan nama domain anda, ia akanmemudahkan anda untuk menguruskan serta mengenal pasti email-email yang anda terima. Contohnya, jika seseorang ingin menghantar emailkepada anda untuk bertanya mengenai produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda, mereka boleh menghantarkan email merekakepada sales@websiteanda.com. Manakala bagi sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai website anda, mereka boleh menghantarkanemail kepada webmaster@websiteanda.com . Dengan cara ini, ia bukan sahaja memudahkan anda menapis serta menguruskan email yang andaterima, malahan ia juga akan meningkatkan lagi kredibiliti anda sebagai sebuah organisasi yang besar dan selamat untuk pelanggan-pelanggananda berurusan.

4 : Enjin Carian

Tahukah anda?. Kebanyakkan enjin carian pada masa kini, begitu menitikberatkan proses pengindeksan mereka (memasukkan maklumat sesuatuwebiste ke dalam pangkalan data mereka) pada satu-satu nama domain. Pada kebiasaanya, mereka hanya mengindeks katakunci atau maklumatsesuatu website bermula daripada halaman utama bagi nama domain tersebut. Jadi, bagi website penyedia webhosting percuma, enjin carian akanmula mengindeks pada alamat http://www.hostingpercuma.com/index,html , sedangkan mukadepan bagi website anda pula beralamathttp://www.hostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/index.html . Oleh itu, website yang akan di indeks, hanyalah website penyediawebhosting percuma dan bukannya website anda. Disini, anda telah mengalami kerugian yang besar dari segi bilangan trafik yang akan datang kewebsite anda melalui enjin carian.

Lebih malang lagi, ada juga sesetengah enjin carian yang tidak membenarkan langsung program pengindeksan mereka , yang juga dikenali sebagai“spider” atau “robot” untuk merayap/melawati website-website yang diletakkan di webhosting percuma. Sebagai contoh, jika anda cubamenghantar alamat website anda kepada enjin carian ini, anda akan mendapat mesej yang berbunyi “URL anda telah dihantar untuk diproses”tetapi yang pastinya, “spider” mereka tidak akan melawati website anda, walaupun ia mengatakan website anda telah diterima. Sungguh sedihsekali, jadi, untuk anda mengatasi masalah berikut, dapatkanlah nama domain anda sendiri..

5 : Penyenaraian di direktori
Apabila website anda diletakkan di webhosting percuma, website anda akan menjadi sukar untuk disenaraikan di mana-mana direktori yang besarseperti Yahoo!. Sekalipun, anda meletakkan website anda tersebut di webhosting percuma yang disediakan oleh Yahoo! sendiri. Untuk tersenarai didirektori Yahoo sebenarnya adalah sesuatu yang sukar walaupun anda mempunyai nama domain anda sendiri, ini kerana, proses penyenaraianwebsite di direktori Yahoo dilakukan secara manual oleh kakitangan Yahoo. Oleh itu, jika website anda hanya menggunakan nama domain dariwebhosting percuma dan ia berjaya disenaraikan di direktori Yahoo, ia merupakan satu kejaiban. Untuk pengetahuan anda, apabila website andatersenarai di direktori Yahoo, anda akan dapati statistik pengunjung website anda akan naik secara mendadak.

Tuesday, January 19, 2010

Bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan

Perbezaan duit dan perniagaan

1. Duit adalah sesuatu material yang menjatuhkan anda.
Setiap perniagaan yang kita bina kebanyakkan bertujuan untuk mengaut keuntungan bukan? Tapi kebanyakkannya terlampau memberi keutamaan terhadap “wang yang bakal diperolehi” seterusnya melupakan nilai yang sepatutnya diberikan kepada para pelanggan.
2.  Duit mampu mengubah hidup anda
Telah dibuktikan bahawa duit mampu mengubah hidup seseorang. Namun apa yang membezakannya adalah apakah perubahan yang dialami? Adakah ia sesuatu yang positif atau sebaliknya? Ini kerana pemikiran yang salah terhadap duit mampu memesongkan perjalanan kehidupan anda.
3. Duit yang banyak tidak memberi sebarang manfaat
Pernahkah kita terfikir sama ada kita mahu hidup senang atau hidup sebagai seorang yang kaya? Hidup yang senang adalah sesuatu yang dinilai dari sudut kehidupan dan personaliti seseorang. Bagi orang yang ingin hidup sebagai orang yang kaya dengan wang, mereka berkemungkinan besar terlampau menumpukan material semata-mata.
4. Perniagaan adalah salah satu peluang meningkatkan taraf kehidupan
Bagi mereka yang memulakan perniagaan, anggaplah ia sebagai salah satu alternatif untuk anda menyelesaikan kebanyakkan masalah yang dihadapi berkaitan dengan wang. Tapi jangan sesekali terlupa bahawa perniagaan adalah salah satu medium sahaja, bukan keutamaan.
5. Duit dan perniagaan..
Kebanyakkan kita tidak memahami definisi antara duit dan perniagaan. Malah kedua-duanya mungkin tiada hubungan langsung. Justeru itu, anda berhak untuk menilai sendiri kerana anda dikurniakan akal untuk berfikir dan menilai.
Sebenarnya entri ini ditujukan khas untuk diri saya sebagai peringatan bahawa wang bukanlah sesuatu yang perlu diberi keutamaan dalam perniagaan. Walaupun salah satu tujuan utama kita membina perniagaan berkait rapat dengan wang, segalanya berkait rapat dengan penjualan produk dan perkhidmatan terhadap pelanggan. Apakah maksud saya disini?
Utamakan kualiti dan faedah yang boleh diberikan kepada para pelanggan. Tanya pada diri anda sendiri dan jawab sejujurnya. Adakah anda mahu keuntungan sekali atau berkali-kali? Bagi jawapan yang kedua, sila baca sekali lagi entri ini. Anda akan faham apa yang saya maksudkan.



Friday, January 15, 2010

Hasil Contoh Kreativiti Peserta PSD

Diantara hasil kreativiti peserta Adobe Photoshop yang kami anjurkan baru-baru ini


En.Mohamad Shaharuddin (Puchong,Selangor)




En.Bukhari Ramli (Bandar Tun Hussein Onn,KL)


Reka Bentuk Grafik oleh CheaperAds

To       : WELLNESS PRO RESOURCES
Tarikh  : 13 / 01 / 2010
Hari     :  Rabu
Masa   : 11:30 am


 ©2009 Hakcipta Terpelihara oleh CHEAPERADS (1748).

(c)segala peniruan isi reka bentuk atau gambar perlulah mendapat kebenaran dari pihak atasan Cheaperads terlebih dahulu



Perkembangan Teknologi Telefon Bimbit

HARI ini, telefon bimbit boleh dikatakan teman kita yang paling setia. Bayangkan, kalau kita boleh membeli barang atau menggunakan perkhidmatan dengan membayar terus menerusi telefon bimbit? Ia pasti memudahkan kehidupan kita.
Dompet kita tidak lagi perlu membonjol kerana menampung banyak wang dan kad, sebaliknya dengan hanya sebuah telefon bimbit, kita mampu membayar hampir segalanya. Pelanggan pula tidak perlu bersemuka dengan peniaga atau jurujual, semuanya boleh dilakukan tanpa bersemuka.
Ia kedengaran seperti dunia yang berbeza. Dunia tanpa tunai dan dunia tanpa bersemuka.


Walaupun ia mungkin masih jauh untuk dikecapi secara sepenuhnya, yang pasti, ia bukan mustahil. Menerusi teknologi wayarles terkini, Near Field Communication (NFC), transaksi seperti itu mampu dilakukan. Teknologi yang buat masa ini disasarkan kepada peranti telefon bimbit itu telah pun berjaya dipraktikkan di beberapa negara di dunia seperti Jepun.


Beroperasi menerusi kerjasama bersepadu tiga pihak iaitu bank, syarikat telekomunikasi mudah alih dan peruncit atau penyedia pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi NTT DoCoMo di Jepun telah merealisasikan pembayaran debit atau kredit, di kedai atau teksi.


Ia dilakukan dengan telefon bimbit berteknologi NFC diletak atau diimbas pada satu pembaca (reader). Menerusi sistem yang dinamakan Osaifu Keitai (dompet mudah alih), pada masa ini, terdapat lebih daripada 250,000 pembaca yang disediakan untuk tujuan berkenaan.

NFC merupakan teknologi wayarles jarak pendek yang membolehkan komunikasi antara peranti pada jarak kurang daripada 10 sentimeter. NFC beroperasi pada kadar 13.56 MHz dan boleh beroperasi sama ada secara aktif iaitu menggunakan bateri atau secara pasif iaitu menggunakan tenaga radio.

NFC dikatakan boleh membantu mempercepatkan transaksi dalam menerima dan berkongsi data serta membuat pembayaran dengan pantas dan selamat.

NFC boleh beroperasi dengan tiga mod. Mod pertama adalah mod kad emulasi di mana peranti telefon bimbit itu sendiri bertindak seperti kad pintar tanpa bersemuka untuk pembayaran tiket pengangkutan awam berasaskan MiFare atau pembayaran perbankan sistem Visa payWave, MasterCard PayPass atau American Express ExpressPay.

Mod kedua adalah mod pembaca. Peranti NFC mampu membaca tag identifikasi frekuensi radio (RFID) pasif seperti membaca atau menyimpan maklumat pada poster dan sebagainya. Mod ketiga pula menemukan dua peranti NFC untuk pemindahan maklumat mirip Bluetooth.

Penglibatan syarikat pembuatan telefon bimbit dalam menghasilkan telefon bimbit berteknologi NFC juga dapat menyemarakkan lagi penggunaan teknologi ini.

Nokia juga telah mengeluarkan beberapa telefon berteknologi NFC seperti Nokia 6131 dan klasik 6212. DoCoMo misalnya telah mengintegrasikan cip NFC ke dalam telefon-telefon bimbit.

Selain memasukkan cip NFC ke dalam telefon bimbit, ada juga usaha untuk menghasilkan telefon bimbit berteknologi NFC berasaskan kad SIM.

Kosmo! berkesempatan menemubual syarikat antarabangsa pengeluar kad SIM, kad pintar perbankan, kad pasport, solusi sekuriti digital terkemuka, Gemalto berhubung penglibatannya dengan teknologi NFC. Gemalto yang beribu pejabat di Belanda itu telah melakukan pelbagai percubaan terhadap teknologi NFC di merata tempat di dunia seperti Perancis, Amerika Syarikat (AS), Taiwan dan Belanda. Ia juga terlibat dalam projek inisiatif pembayaran mudah alih PayezMobile.

"Teknologi NFC menampakkan potensi yang amat besar. Ini terbukti apabila dunia kini semakin menerima kaedah pembayaran secara tanpa tunai dan tanpa bersemuka. Kita membeli-belah menggunakan kad dan infrastruktur-infrastruktur pembayaran tanpa bersemuka semakin banyak diwujudkan. Justeru, teknologi NFC menerusi telefon bimbit tentunya mampu menyinar," kata Pengarah Pembangunan Bisnes Gemalto, Jean-Philippe Ruault ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Tambahan pula, menurut kajian terbaru, sebanyak 20 peratus daripada telefon bimbit di dunia akan diintegrasikan dengan teknologi NFC pada tahun 2012. Teknologi ini juga tidak mustahil dikembangkan untuk pembayaran bagi membeli makanan dari mesin runcit atau mendapatkan maklumat menerusi poster pintar pawagam..



Thursday, January 14, 2010

Bagaimana Mempromosikan Website Anda???



Berbagai cara boleh digunakan untuk mempromosikan
laman web/blog kita. Antara cara-cara yang dianggap
popular adalah :-

1.Memberi komen di blog orang lain dan tinggalkan url
milik anda di sana.

2.Mengiklankan blog/laman web anda di iklanpercuma.com.

3.Menyertai forum yang berkaitan dengan niche yang
anda pilih dan kemudian letakkan url anda sebagai
signature di sana.

4.Letakkan alamat laman web anda sebagai signature di
setiap e-mail yang anda hantar.

5.Hantar alamat blog/laman web anda ke direktori blog/
laman web.

6.Tulis satu artikel yang berkaitan dengan topik yang
anda pilih, kemudian tambah url anda di akhir artikel
tersebut dan submit ke direktori artikel seperti
ezinearticles.com

Wednesday, January 13, 2010

Tips-tips memulakan perniagaan internet



Jadikan 10 langkah di bawah sebagai panduan untuk anda mulakan perniagaan Internet melalui Program Affiliate. Ingat! Jika anda buntu atau tersangkut di pertegahan jalan, kembali semula kepada langkah pertama dan bermula sekali lagi.

  1. Tetapkan Matlamat - Seperti setiap pekerjaan lain yang kita lakukan, matlamat yang ingin dicapai dari Program Affiliate perlu ditetapkan dengan jelas. Pastikan anda mempunyai target untuk dicapai dalam suatu tempoh tertentu daripada Program Affiliate yang disertai. Contohnya: “ Saya ingin memperolehi pendapatan RM100 sebulan melalui Program Affiliate yang disertai
  2. Cari Tema (Niche) - Ingat, anda sekarang sedang merancang suatu perniagaan. Jadi pastikan memilih tema yang mampu meberikan keuntungan kepada anda.Wordtracker pastinya mampu membantu anda dalam memilih niche yang sesuai manakala SiteBuildIt mampu membantu anda membangunkan idea tersebut.
  3. Pilih Syarikat Affiliate - Anda boleh merujuk ke pelbagai directory di Internet untuk mencari Program Affiliate yang bersesuaian dengan topik yang telah anda pilih. Ingat! Tumpukan pada program yang menawarkan komisyen tertinggi hasil daripada jualan produk/perkhidmatan yang bermutu. Untuk ke directory, KLIK DI SINI
  4. Bina Website - Mulakan usaha membina website berdasarkan topik yang telah anda pilih. Jika membinanya sendiri, dapatkan panduan dari James Martell. Jika perlukan pihak lain membangunkannya untuk anda, saya rekemenkan SiteBuildIt Yang pastinya kedua contoh ini khas membantu anda menyediakan website untuk Program Affiliate.
  5. Masukkan Affiliate Link - Untuk semua artikel yang anda tulis berkenaan website anda, pastikan anda memasukkan Affiliate Link dengan ID anda yang betul ke dalamnya. Selain itu, penggunaan banner yang disediakan oleh syarikat Affiliate anda sertai juga berkesan bagi menarik perhatian pengunjung website anda.
  6. Promosikan Website - Letakkan usaha yang paling banyak di peringkat ini. Pastikan ianya berterusan kerana kejayaan sesuatu Program Affiliate paling banyak bergantung kepada sejauh mana ketekunan dan kejayaan anda mempromosikan website anda kepada orang lain. Gunakan segala kaedah promosi yang dinyatakan di dalam ‘e-book’ serta kaedah-kaedah lain yang anda ketahuit. Penggunaan search engine, e-mail, newsletter, directory dan link dengan website lain adalah kaedah-kaedah yang wajib anda lakukan. Ingat! Lakukannya secara professional dan elakkan SPAM.
  7. Tambah Informasi Dalam Website - Sentiasa mengemaskini website anda dengan menambahkan informasi atau maklumat terkini. Jangan biarkan website anda ‘kaku’ dengan kandungan yang tak pernah berubah-ubah sejak sekain lama. Pengunjung akan hanya berkunjung lagi ke website kita jika ada apa-apa perubahan baru.
  8. Luaskan Rangkaian Link - Cuba kenali dan mulakan networking anda dengan pemilik-pemilik website yang lain dan sentiasa mencari website-website baru untuk anda masukkan link ke website anda. Dengan ini anda akan mampu meluaskan lagi promosi website anda.
  9. Bersabar - Ingat! Kemunculan website anda adalah hanya salah satu daripada berpuluh ribu website baru yang muncul setiap hari. Jadi, jangan mudah berputus asa jika website anda masih belum mendapat jumlah pengunjung yang memuaskan hati dalam 3-4 bulan pertama. Teruskan usaha anda menambah baik mutu website dan kerja-kerja promosi. Pastikan anda sentiasa memantau prestasi anda. Sentiasa tanamkan dalam diri anda bahawa setiap kejayaan itu adalah beralaskan kesabaran.
  10. Mulakan Langkah Pertama - Ini merupakan penentu segalanya kerana jika anda tidak bermula dengan langkah pertama, tiada apa pun yang akan berlaku untuk mengubah nasib anda. Tiada gunanya segala teori dan ilmu yang anda pelajari kerana ianya tak akan memberikan ganjaran kepada anda selagi anda tidak BERMULA!!!

Monday, January 11, 2010

Peserta Kursus Latihan Adobe Photoshop















En.Shahidan sedang mengajar peserta.

.











                                                                
En.Izuan menerangkan tools photoshop kepada peserta dan kegunaan tools...


















sebahagian peserta yang hadir


En.Shahidan sedang menerangkan tentang animation kepada peserta                                                              

 
En.Bukhari


En.Mohamad Sharuddin

Thursday, January 7, 2010

Kelebihan Blog










Sepertimana yang kita tahu, pemasaran merupakan nadi utama dalam perniagaan. Namun dalam perniagaan internet pula, terdapat 1001 kaedah yang boleh anda gunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Ini termasuklah menjadikan blog sebagai medium pemasaran utama anda.
Penggunaan blog kini menjadi satu keutamaan terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kerana potensi pemasaran melalui kaedah ini telah terbukti dapat meningkatkan penjualan secara drastik. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyokong kenyataan ini, antaranya:

Meningkatkan Komunikasi Bersama Para Pelanggan
Dengan mempunyai blog, anda kini lebih mudah untuk berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan anda walau dimana jua mereka berada. Kewujudan blog juga dapat memberikan anda peluang untuk meningkatkan komunikasi antara peniaga dan pembeli. Jadi, bagi mereka yang menjual produk (digital dan fizikal) atau perkhidmatan di internet, pastikan anda mempunyai blog untuk memudahkan para pelanggan berkomunikasi dengan anda.

Mendidik Para Pelanggan Anda
Dengan mempunyai blog, anda perlu mengutamakan post-post yang dapat membantu para pelawat untuk memahami perniagaan yang anda jalankan. Sebagai contoh, anda boleh menulis sebuah artikel berkaitan cara-cara penggunaan produk atau perkhidmatan anda dimana ia sekaligus dapat memudahkan bakal pembeli untuk membuat keputusan untuk membelinya.
Teknik ini juga dikenali sebagai “soft-sell”. Jika anda sentiasa mengutamakan manfaat yang boleh diberikan kepada para pembeli, maka kepercayaan mereka akan meningkat untuk membeli sesuatu yang anda tawarkan.










Kursus Grafik

PROMOSI !!
Kursus Kuasai Teknik Asas  Mencipta Grafik Menggunakan Perisian
Adobe Photoshop & Illustrator

Dalam Masa 17 Jam Sahaja !!


Percuma!!!!! Daftar Sekarang 
Tarikh Kursus: 9 January 2010
Berminat Hubungi Kami Ditalian:
03 - 9171 5015  

Tujuan kelas teknik asas ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan yang turut serta menyertai program dalam penjualan MyPortal. Setelah membuat kajian, kami dapati ramai yang tidak faham dan tidak tahu bagaimana untuk merekabentuk grafik menggunakan Adobe Photoshop & Adobe Illustrator.  Malahan, jika ada pun yang tahu apa itu Adobe Phostoshop & Illustrator , mereka masih tidak dapat menguasai teknik menggunakan perisian tersebut dengan baik.

   
Manfaat bagi peserta yang menyertai kelas ini, kami pasti mereka akan dapat mereka bentuk grafik dengan baik, menarik dan lebih kreatif. Di samping itu, mereka akan mendapat keyakinan untuk kembali aktif dan yakin dapat menjual MyPortal serta dapat menggandakan keuntungan yang berlipat ganda.



Wednesday, January 6, 2010

Kelebihan perniagaan INTERNET



Mengapa semakin ramai orang yang ingin menjalankan perniagaan Internet..? Tidak lain tidak bukan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam Perniagaan Internet. Apakah kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet sehinggakan semakin ramai orang berebut-rebut untuk memiliki perniagaan Interent sendiri..?
Sebelum kita membincangkan berkaitan dengan kelebihan-kelebihan perniagaan Internet, apa kata kita menyelusuri dahulu tentang pengenalan perniagaan internet itu sendiri. Apakah itu perniagaan internet..?
Secara umumnya, perniagaan internet adalah perniagaan yang dijalankan di Internet. Maksudnya proses jual beli sesuatu produk atau perkhidmatan itu berjalan secara online iaitu melalui internet. Manakala usahawan internet pula adalah mereka yang menjalankan perniagaan Internet tersebut.
Perniagaan Internet merupakan perniagaan yang berkembang dengan pesat sekali pada masa kini. Semakin ramai usahawan internet menceburkan diri di dalam bidang ini dan ada di antara mereka yang memperolehi pendapatan yang lumayan sehinggakan ada yang telah menjadi jutawan..


Berikut beberapa kelebihan yang ada dalam perniagaan internet.
  • Tidak Memerlukan Modal Yang Besar - Dengan melaksanakan perniagaan Internet, anda tidak memerlukan modal ribuan ringgit. Hanya dengan Rm100 sehingga Rm200, anda sudah boleh menjalankan perniagaan sama ada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa. Di sesetengah keadaan, anda mungkin tidak memerlukan modal walau satu sen pun untuk menjalankan perniagaan.
  • Kos Pemasaran Rendah atau Percuma - Anda hanya menggunakan modal yang sedikit untuk tujuan promosi. Malahan anda juga boleh melakukan promosi dengan PERCUMA.
  • Pelanggan Di Seluruh Dunia - Memandangkan internet merupakan dunia tanpa sempadan, maka pelenggan untuk perniagaan Internet adalah dari seluruh dunia. Pelanggan yang luas ini membolehkan anda memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda dan lumayan.
  • Tidak Memerlukan Kedai & Stok - Anda tidak memerlukan tapak dan kedai secara nyata untuk menjalankan perniagaan. Anda juga tidak memerlukan simpanan stok jika anda menjual produk digital atau perkhidmatan. Segala tapak, kedai dan stok berada di hosting anda.
Daripada kelebihan-kelebihan ini, sudah tentu anda berniat atau teringin untuk memiliki perniagaan Internet sendiri. Yang lebih penting anda tentu ingin memperolehi pendapatan sampingan yang cukup lumayan. Oleh itu, segalanya terletak pada kelebihan perniagaan Internet itu sendiri.
Apa yang anda tunggu lagi..mulakan perniagaan Internet anda sekarang

18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan

18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan

1. Tidak mengenalpasti dan jelas bidang utama. Akhirnya melakukan semua model bisnes tanpa sebarang kejayaan.

2. Semua kerja dilakukan sendiri tanpa mahu ‘delegate’ (upah, outsource, guna khidmat orang lain).

3. Menangguhkan kerja.

4. Tidak meluangkan masa untuk membaca buku.

5. Melakukan kerja separuh jalan (melompat dari satu idea kepada idea yang lain).

6. Tidak memperbanyakkan sumber pendapatan. Amat bahaya jika bergantung kepada satu sumber sahaja. Namun pada peringkat permulaan, mulakan dengan satu dahulu.

7. Tiada matlamat, tujuan, visi dan misi perniagaan yang jelas.

8. Tidak mengikut perancangan yang telah dilakukan, sebaliknya terus menerus melakukan kerja tanpa disiplin.

9. Mudah mengambil peluang yang tidak penting untuk perniagaan.

10. Terlalu banyak merancang, tetapi tidak bertindak atau melaksanakan perancangan tersebut.

11. Banyak duit keluar berbanding duit masuk. Tanpa dana (wang), bisnes sukar untuk bergerak ke hadapan.

12. Berbelanja kepada perkara yang tidak penting untuk bisnes.

13. Terlalu banyak ’sesi lepak’ bersama para usahawan untuk borak-borak kosong. Melainkan jika bisnes sudah berjalan automatik atau separa automatik, dan sudah menghasilkan pendapatan, tidak salah untuk melakukan kerja secara ’santai’. Tetapi jangan berlebih-lebihan kerana kita tetap perlu ‘bekerja kuat’.

14. Terlalu fokus kepada masalah berbanding memikirkan penyelesaian. Jika sesuatu usaha tidak berhasil, fikirkan apakah penyelesaian yang boleh dilakukan.

15. Tidak menguasai kemahiran berkata “TIDAK” kepada permintaan atau peluang yang tidak penting untuk bisnes.

16. Menambah-nambah maklumat sehingga mengalami limpahan maklumat yang terlampau. Ini menyebabkan usaha atau tindakan akan terbantut.

17. Banyak menghabiskan masa kepada perkara-perkara yang kurang produktif walaupun kerja-kerja yang lebih penting belum siap.

18. Mudah lemah semangat apabila melihat kejayaan orang lain yang lebih hebat. Itu adalah rezeki mereka dan kita perlulah berusaha untuk membina kejayaan kita sendiri…

Semoga bermanfaat dengan tip-tip di atas, dan teruskan usaha untuk mencapai tahap yang lebih baik daripada hari-hari semalam.

Pengenalan Adobe Photoshop




Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperbaiki foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer.

Kelebihan Photoshop

Toolbox
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.




Palettes
Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:

Layers
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.



History
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.



Kelebihan Photoshop
Kelebihan Adobe Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filter yang sedia ada untuk menghasilkan efek-efek tertentu pada imej dan gambar. Anda boleh memasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun perisian lain. Sebaik sahaja dipasang, filter baru akan dipaparkan di bahagian menu Filter bersama-sama dengan filter sedia ada. Jika anda berminat untuk menghasilkan modul plug-in sendiri, anda boleh lakukannya dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support.

Selain filter, kemudahan layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti membentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer.



Monday, January 4, 2010

3 Cara Mudah Untuk Buat Duit Di Internet Pada Tahun 2010 :)


Istilah “Buat duit di internet” kini sudah boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Ini berikutan sudah banyak bukti yang telah ditunjukkan dari semasa ke semasa. Tidak salah juga jika saya katakan bahawa terdapat beberapa individu yang telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini dan meninggalkan kerjaya sedia ada.

Membuat keputusan sedemikian memerlukan kewangan dan perancangan yang kukuh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjana wang pada tahun 2010. Tiga cara ini telah dibuktikan berkesan bagi dan amat sesuai untuk anda yang masih mencari jalan untuk menjana pendapatan melalui internet.

Menjual Artikel Anda
Jika anda mempunyai minat dalam bidang penulisan, maka tahun 2010 adalah peluang terbaik untuk anda menjual kebanyakkan artikel anda. Anda boleh mula menulis artikel dalam niche yang anda minati dan jual pada blog-blog yang bersesuaian. Saya sarankan agar anda menawarkan harga dalam bentuk pakej seperti RM10 untuk 10 artikel.

Artikel yang ditulis tidak perlu terlampau panjang kerana para pembaca jarang meluangkan masa mereka terlalu lama untuk membaca artikel anda. Dengan kata lain, cukuplah sekadar ia dapat menambah ilmu pengetahuan dan mendidik pembaca.

 Pastikan anda menghubungi tuan empunya blog dengan cara yang beretika. Jika mereka tidak menerimanya, jangan mudah berputus asa. Sentiasa beringat bahawa “Success does not come overnight”. Teruskan usaha anda.

Pemasaran Affiliate
Pemasaran affiliate merupakan salah satu cara penjanaan wang di internet yang telah dibuktikan keberkesanannya sehingga hari. Perkara yang paling penting dalam pemasaran affiliate ialah pemilihan produk yang ingin dipromosikan. Ini disebabkan terdapat beratus-ratus produk atau perkhidmatan yang boleh didapati di pasaran antarabangsa mahupun tempatan.

Anda juga harus bijak membezakan diri anda dengan para pesaing yang turut mempromosikan produk tersebut. Mungkin anda boleh menawarkan servis tambahan pada mereka yang membeli produk melalui link affiliate anda. Ingat, para pembeli mempunyai kuasa untuk memilih penjual. Oleh itu, anda harus lakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian mereka untuk membeli daripada anda.

Menjual diri ANDA
Istilah menjual diri anda ini berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan atau dalam erti kata lain ialah branding (penjenamaan). Sebagai contoh, katakanlah anda menjual produk kesihatan, maka anda perlu mencipta jenama peribadi anda tersendiri dengan memberikan maklumat, tips dan panduan kepada para pelawat anda.

Dengan berbuat demikian, anda bakal digelar “pakar” oleh para pembaca seterusnya mereka akan menjadikan anda sebagai rujukan dalam perkara-perkara yang melibatkan kesihatan. Apabila kepercayaan dan keyakinan mereka meningkat terhadap anda, maka ini adalah masa yang sesuai untuk anda mempromosikan produk kesihatan anda kepada mereka.

Semoga ketiga-tiga cara yang saya terangkan di atas sedikit sebanyak membantu  saudara dan saudari dalam mencari jalan penyelesaian untuk menjana pendapatan di internet. Saya amat sarankan agar anda semua memilih salah satu sahaja dan letakkan fokus sepenuhnya supaya mendapat keputusan yang memberangsangkan.

P.S: Perkataan mudah itu tidak bermakna “goyang kaki sahaja dapat duit”. Sila betulkan mindset anda terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan. :)

Bagaimana Pemberian Percuma Mampu Menghasilkan Komisyen Untuk Anda






Dalam artikel sebelum ini, saya telah mengutarakan 3 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Artikel kali ini pula akan menjurus pada penjanaan wang melalui affiliate iaitu dengan pemberian hadiah percuma pada prospek atau bakal pembeli anda. Saya yakin anda semua menyukai sesuatu yang percuma, lebih-lebih lagi jika produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Begitu juga para prospek anda, mereka sentiasa dahagakan sesuatu yang percuma daripada anda. Dalam dunia perniagaan internet, pemberian percuma yang saya maksudkan adalah seperti:
  • Laporan percuma (Dalam bentuk PDF)
  • Ebook
  • Kandungan email yang mempunyai informasi, tips dan panduan
Walaupun ramai yang sedar pemberian percuma ini dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang sebagai affiliate marketer, namun masih ada lagi yang gagal kerana mereka melupakan asas-asas yang perlu dipatuhi apabila menghasilkan sesuatu produk yang akan diberikan secara percuma.

Utamakan kualiti, bukan kuantiti
Kebanyakkan mereka yang gagal kerana terlampau mementingkan kuantiti. Dimana mereka berpendapat bahawa komisyen akan lebih banyak terhasil jika kita memberikan lebih banyak pemberian percuma. Kenyataan tersebut adalah benar sekali. Namun jika ia dikategorikan sebagai sebuah produk sampah, anda bukan sahaja tidak dapat menghasilkan komisyen affiliate, malah kredibiliti anda juga turut terjejas.

Oleh itu, utamakan kualiti anda apabila memberikan sesuatu yang percuma pada mereka. Ini dapat dilakukan dengan menganggap ia sebagai produk yang berbayar. Apabila anda mempunyai pemikiran yang demikian, kualiti adalah keutamaan anda. Dimana saya pasti anda tidak mahu para pembeli kecewa apabila memiliki produk berbayar anda.

Luangkan sedikit masa anda untuk memberi deskripsi produk
Sebagai contoh, dalam laporan percuma pastikan anda meletakkan satu atau dua produk sahaja yang berkaitan dengan laporan anda. Ini bagi mengelakkan salah faham pembaca yang akan menganggap anda ingin melakukan promosi semata-mata.

Anda juga disarankan untuk memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai produk yang dicadangkan agar dapat mendidik para pembaca untuk membuat keputusan yang lebih tepat sebelum membelinya. Pastikan anda berikan informasi dari sudut kelebihan dan kekurangan produk tersebut. Dengan berbuat demikian, mereka akan lebih yakin untuk melaburkan wang mereka untuk membeli produk tersebut.

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk menjana pendapatan daripada affiliate. Bagi anda yang mempunyai sebarang persoalan, sila kongsikannya di ruangan komen yang disediakan.