Saturday, March 27, 2010

10 Bilik Hotel Termewah DiDunia

1. Royal Penthouse Suite, Hotel President Wilson (Geneva)
– RM229,483 satu malam
Dilengkapi lounge koktail, suite ini hanya boleh ditempah melalui pengerusi hotel. Ia terletak di tingkat teratas bangunan dan hanya boleh dimasuki menggunakan tangga bergerak persendirian.

Empat bilik di dalamnya menghadap Tasik Geneva dan Mont Blanc - gunung tertinggi di Alps dan Eropah Barat.Ia juga dilengkapi enam bilik mandi, manakala kemasan luarnya menggunakan kaca kalis peluru. 

Biasanya menjadi tempat penginapan ketua kerajaan, selebriti atau diplomat. 

2. Penthouse Ty Warner, Hotel Four Seasons (New York)
– RM123,567 satu malam
 
Seorang jurucakap Hotel Four Seasons berkata, bisnes mereka tidak pernah terjejas sejak suite itu dibuka pada 2007.

Mempunyai sembilan bilik, hiasan dalamannya diserikan dengan ribuan mutiara, selain taman persendirian, bilik spa peribadi dihiasi pokok buluh dan perpustakaan.Satu piano besar diletakkan di tengah suite ini.  

3. Suite Presidential Suite, Hotel Cala di Volpe (Costa Smeralda, Sardinia) 
– RM120,000 satu malam 
Ketika cuti musim panas mencapai kemuncaknya, sewaan suite ini boleh meningkat kepada RM158,873 untuk satu malam.
 
Terletak di bangunan menara hotel, bilik ini seluas lebih 232 meter persegi dan dilengkapi tiga bilik tidur, tiga bilik mandi, gimnasium persendirian, bilik wap dan koleksi wain mahal.
Di bahagian luar, penyewa boleh menikmati kolam renang air masin terbuka. 

4. Suite Villa La Cupola Suite, Westin Excelsior (Rome)
– RM109,446 satu malam
 
Ruang penginapan di Westin Excelsior menampilkan hiasan era Roman dan jacuzzi ala zaman Pompeii, lukisan dinding dan siling, serta kaca berhias digandingkan dengan seni reka moden. 

Terletak di tingkat lima dan enam, suite ini mempunyai luas hampir 567 meter persegi, tidak termasuk 168 meter persegi balkoni dan kawasan rehat memandang ke arah Via Veneto - jalan paling terkenal dan mewah di Itali.

5. Suite Presidential Suite, Ritz-Carlton (Tokyo)
– RM88,162 satu malam
 
Terletak di tingat teratas bangunan tertinggi di ibu negara Jepun, penghuni suite ini boleh menikmati pemandangan Gunung Fuji dan Roppongi, serta suasana bandar raya Tokyo.

Ia berkeluasan 220 meter persegi.Penginap juga dihidangkan arak Martini, Diamonds-Are-Forever bernilai lebih RM63,000 yang berisi sebutir berlian di dasarnya.

6. Suite The Bridge, The Atlantis (Bahamas)
– RM77,615 satu malam
Suite 10 bilik ini sebenarnya jambatan yang menghubungkan dua menara Hotel Atlantis.Terletak di tingkat 23, suite ini dihiasi lantai marmar, sebuah piano bear dan lampu gantung bertatah emas 22 karat.  

Sebelum ini, premis itu digelar Suite Michael Jackson kerana pernah menjadi tempat penginapan kegemarannya.Suite The Bridge sangat eksklusif sehinggakan hotel terbabit tidak pernah mengiklankannya kepada umum.

7. Suite Imperial, Park Hyatt Vendôme, (Paris)
– RM70,560 satu malam
 
 
Suite ini berkonsepkan spa dalam bilik dengan bilik mandi dan spa bersama tab whirlpool, bilik wap dan meja urut.Memiliki keluasan 232 meter persegi, ruang tamunya sangat luas, selain ruang makan, dapur dan pejabat yang selesa.

8. Suite Diraja, Burj al-Arab (Dubai)
– RM69,148 satu malam
Sejak dibina pada pertengahan 1990-an, Burj al-Arab menjadi satu daripada hotel paling cepat terkenal di dunia, antara lain kerana reka bentuknya yang amat unik.

Suite Diraja di tingkat 25 menara Burj al-Arab dihiasi anak tangga marmar bertatah emas, permaidani kulit corak harimau bintang, lif persendirian dan katil berbumbung berputar.

9. Suite Royal Armleder, Le Richemond (Geneva)
– RM66,679 satu malam
 
Bilik ini dinamakan sempena keluarga kaya yang pernah memiliki hotel ini sebelum ia berpindah tangan kepada Rocco Forte pada Ogos 2004.

Suite tiga bilik tidur ini memiliki keluasan 232 meter persegi terletak di tingkat tujuh, selain beranda seluas lebih 90 meter persegi menghadap pemandangan Tasik Geneva.Cerminnya pula adalah daripada jenis kalis peluru.

10. Suite Ritz-Carlton, The Ritz-Carlton (Moscow)
– RM58,212 satu malam
 
Dihiasi reka bentuk zaman silam Russia, suite seluas 220 meter persegi ini menghadap pelbagai tapak terkenal di Moscow, termasuk Kremlin dan Medan Merah.

Ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan memenuhi kehendak jutawan Russia, iaitu bilik berkubu dengan kemudahan elektrik dan telekomunikasi tersendiri.
 
 

Friday, March 26, 2010

6 Tips Elak Mengantuk Di Pejabat

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.

 
2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap ebrsolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.


3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon


4. Dengar MuzikMuzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda. 

5. Senaman ringanSenaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.

6. Pandang pepohon hijauSekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar..  

10 Penyebab DiCintai Allah

1. Membaca Al-Quran dengan meneliti da memahami makna dan tuntutannya.
2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membanyakkan ibadah sunat setelah memelihara ibadah fardu.
3. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan dengan lidah dan hati dalam pelbagai amalan dan suasana.
4. Mengutamakan sesuatu yang disukai oleh Allah SWT keatas sesuatu yg disukai oleh hawa nafsu serta berusaha meningkatkan rasa cinta kepadaNYa walaupun menghadapi rintangan yg menyukarkan.
5. Mempelajari nama2 Allah SWT dan sifatNYa Yang Maha Sempurna dan menghayatinya.
6. Menyaksikan (meyakini) bahawa segala kebaikan dan nikmat samada yg zahir mahupun yg batil adalah semata-mata kurniaan Allah SWT.
7. Merasa hina dan rendah diri di dalam hati kepada Allah SWT.
8. Sering beribadat dan berkhalwat( bersendirian @ mengasingkan diri d tempat yg sunyi) serta bermunajat kepada Allah SWT di waktu rahmatNYa dekat dengan hamba yg beribada ketika itu ( waktu tahajud) khususnya di waktu akhir malam di samping membaca Al-Quran dengan lidah dan hati serta penuh adab dan kemudian mengakhiri khalwatnya dengan beristighfar dan bertaubat.
9. Banyak mendampingi orang2 (soleh) yg amat mencintai Allah SWT dan RasulNYa serta terbuka hatinya untuk menerima tunjuk ajar mereka sebagaimana memetik buah-buahan yang elok. 
10. Menjauhi segala gejala yg boleh merosakkan hati seseorang daripada mengingati dan mentaati Allah SWT. 

Thursday, March 25, 2010

Laman Sosial Undang Jenayah


Menjadi lubuk baru penjenayah siber untuk mengakses maklumat peribadi memandangkan ia menyenaraikan ratusan data merangkumi nombor telefon, alamat e-mel atau lebih teruk, kata laluan tanpa disedari! 

Laman web sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter dan banyak lagi ibarat mengeratkan aur dengan tebing, merapatkan isi dengan kuku selain mendekatkan yang jauh.Namun tanpa disedari, laman web sosial sebegitu mampu berubah wajah menjadi musuh dalam selimut atau udang di sebalik batu.Kepopularan laman web sosial mengundang rasa terliur si penjenayah siber, seterusnya memancing mereka mensasarkan panah ke arah penghubung komunikasi terbabit dengan anak panah ´scam´ atau phishing.

Ia tidak mustahil berlaku memandangkan penjenayah siber turut mengikut aliran semasa dan menyedari laman web sosial sebagai lubuk baru menguji pengguna Internet.Kegiatan menyalahgunakan teknologi kini dikesan menular kepada laman web sosial seperti dilaporkan vendor perisian keselamatan F-Secure menerusi F-Secure Response Labnya, baru-baru ini.

Makmal itu memberi contoh akaun seorang blogger pro-Georgia, Cyxymu yang diserang dengan Distributed Denial of Service (DDoS) mengakibatkan jutaan pengguna Facebook dan Twitter lumpuh.Kegiatan itu menyebabkan pengguna menghadapi masalah dengan rangkaian halaman mereka yang lembab dan berada dalam kedudukan ´offline´ atau tidak boleh dibuka pada hari terbabit.Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure, Mikko Hypponen, berkata sasaran penjenayah siber hanya membabitkan individu tertentu, namun ia mempengaruhi keseluruhan komuniti."Kita tidak akan tahu siapa dalang di sebalik serangan ke atas Cyxymu, lebih memburukkan keadaan, mereka memiliki akses terhadap lebar jalur tertentu," katanya.

Komunikasi melalui Facebook bersangkut-paut dengan hubungan peribadi terhadap komuniti dan rakan mengaitkan pelbagai tahap kepercayaan apabila pengguna menerima mesej menerusi ´Wall´ daripada rakan yang lain.Tentunya penerimaan spam dan e-mel tidak diketahui dalam laman web sosial terbabit memburukkan tahap kepercayaan kita terhadap kerahsiaan platform digunakan yang disifatkan tidak selamat.Apatah lagi Facebook kini memiliki 250 juta pengguna di seluruh dunia, fakta disedari penjenayah siber yang sudah pasti menjadikan laman web sosial ini sebagai sasaran.

Penasihat Keselamatan F-Secure, Sean Sullivan, berkata kelemahan menetapkan kata laluan adalah salah satu ´lubang´ penjenayah siber yang pantas menggali rangkaian sosial untuk tujuan tertentu."Tujuan mereka mudah, dapatkan kata laluan dan loloskan diri ke dalam halaman sosial individu sebelum mencuri maklumat peribadi seperti nombor telefon rakan si pengguna, senarai hubungan dan banyak lagi."Kemudian penjenayah siber terbabit akan menjualnya data terbabit kepada penjenayah spam atau menggunakannya sendiri bagi mendapatkan duit melaluinya," katanya.Sullivan berkata, kerosakan akibat akaun Facebook yang digodam akan menjadi lebih teruk sekiranya kata laluan sama digunakan untuk mengakses akaun e-mel lain.

"Lebih parah, si penjenayah yang sudah memperoleh kata laluan akan menukar semua kata laluan si pengguna pada laman web lain sebelum mendapatkan maklumat perbankan dan cuba menyelesaikan soalan keselamatan pada aplikasi," kata Sullivan.
Katanya, pengguna sendiri tidak akan menyangka jawapan kepada soalan keselamatan dalam e-mel atau akaun lain sebenarnya mudah didapati pada laman web Facebook seperti nama tengah, alamat rumah atau nama binatang kesayangan.

Sullivan menasihatkan pengguna agar menetapkan kata laluan berbeza bagi setiap akaun e-mel, laman sosial dan sebagainya."Pengguna Facebook perlu memasukkan alamat e-mel untuk membuka laman web sosial mereka. Oleh itu, mereka perlu memberikan kata laluan berbeza bagi setiap laman web sosial."Lagi baik sekiranya, pengguna mempunyai akaun e-mel berbeza yang digunakan untuk perniagaan, akaun e-mel utama atau laman web sosial lain," katanya.Tahun ini juga menyaksikan siri mesej palsu dalam ´inbox´ Facebook´ dihantar daripada ´rakan´ yang menuntut pertolongan dari segi kewangan.

"Pengguna perlu berhati-hati dengan mesej sebegini dan menyiasat terlebih dahulu status rakan sebelum mengirim duit seperti dimohon," ujar Sullivan.Sullivan berpendapat, keselamatan dalam laman web sosial juga memiliki aspek positif, tidak seperti jenayah e-mel klasik yang boleh menghantar surat berantai selama bertahun-tahun."Pergaulan pengguna dalam Facebook secara tidak langsung memberi kesedaran kepada mereka mengenai serangan jenayah siber terkini yang diperoleh menerusi rakan lain dalam laman sosial," katanya.

Menurut beliau, pergaulan komuniti salah satu faktor penting dalam memberi publisiti kepada maklumat terkini keselamatan yang berguna dan mengambil langkah sepantas mungkin untuk menanganinya.

Norton Internet Security 2010


ISU keselamatan seharusnya diutamakan dan diambil berat oleh pengguna komputer peribadi (PC) atau notebook untuk mencapai maklumat menggunakan Internet kerana pelbagai gejala negatif wujud di alam siber yang tiada sempadan itu.Hakikatnya, kejadian jenayah kini semakin berleluasa di alam siber yang membabitkan kemusnahan pada PC atau kecurian data, malah lebih parah lagi kehilangan yang membabitkan kewangan.

Apa yang pasti, data peribadi kita terutamanya yang berkaitan dengan kewangan mudah dicuri menggunakan pelbagai kaedah termaju tanpa disedari pengguna.Norton: Internet Security 2010 ialah perisian yang memiliki ciri melindungi pelbagai gejala jahat itu termasuk antivirus, antiperisian pengintip, antispam, perlindungan identiti, perlindungan pelayaran laman web, firewall pintar dan khidmat sokongan 24 jam secara percuma.

Menjadi kebiasaan bagi sebuah syarikat keselamatan yang mengeluarkan perisian seperti ini setahun sekali dengan lesen penggunaan selama setahun.Jika anda menggunakan Internet Security 2009, antaramukanya tidak jauh beza. Itulah perniagaan strategi mereka, tetapi bagi pengguna tiada apa yang boleh kita lakukan selain membayar asalkan keselamatan di alam siber kita terjamin.

Dalam perkembangan terbaru, perisian ini diasaskan oleh teknologi Quorum yang dikatakan untuk menangani pemasalahan ancaman perisian jahat yang berubah begitu cepat.Perisian keselamatan yang menggunakan kaedah lama tidak mampu mengesan kepelbagaian bentuk kod perisian jahat itu, terutama yang berubah dengan pantas, malah ada yang dibangunkan untuk bertahan sehari saja kerana khuatir mereka memang akan dikesan dalam tempoh 24 jam.

Quorum akan mencipta reputasi untuk setiap perisian yang disyaki berasaskan beberapa faktor termasuk pindah turun kod sumber, umur, kelaziman dan tandatangan digital.Misalnya, fail baru yang dipindah turun dari laman web tidak terkenal akan dijadikan suspek oleh Quorum. Apabila berlaku sebarang kelainan, maka itulah yang akan dimusnahkan dulu.  

Symantec pernah memberitahu bahawa Quorum bergantung kepada data yang dikumpul sejak bertahun dulu melalui berjuta pengguna yang pernah menggunakan produk Norton dan Komuniti Quorum yang menghantar maklumat mengenai aplikasi yang bergerak di dalam sistem mereka.Ia digunakan untuk mengira skor reputasi bagi setaip aplikasi itu. Skor reputasi digunakan untuk memberi perlindungan berasaskan tanda tangan dan kelakuan.

Sebagaimana biasa, Internet Security 2010 didatangkan di dalam CD yang perlu dipasang dalam PC pengguna. Proses pemasangan tidak mengambil masa lama.Jika anda pemilik netbook atau notebook yang tidak dilengkapi pemacu CD, ada sedikit masalah. Tapi perlulah mencari jalan untuk menyalinkannya ke dalam pemacu USB terlebih dulu. Atau boleh juga memberi secara online yang akan terus dipindah turun ke dalam PC.
Jika sudah biasa dengan versi 2009, maka anda tidak janggal dengan antaramuka 2010 ini. Ia boleh dikatakan mesra pengguna dan memudahkan.Cuma bagi pengguna, seperti juga hati manusia yang memiliki perasaan syak wasangka itu terlalu tinggi, maka kita akan sentiasa tertanya-tanya dan saling mengingat-ingatkan akan sesuatu lebih-lebih yang menimbulkan kelainan dalam kehidupan.
 Begitu juga dengan perisian ini, kadang-kadang agak menjengkelkan kerana asyik keluar (pop-up) mengenai peringatan bagi setiap tindakan yang anda ingin lakukan atau jika berlakunya sebarang masalah.Apa pun, kesimpulannya ialah keselamatan PC ketika berada di alam siber.Ia amat penting dan mesti dipasang demi melindungi data yang mungkin berharga, sulit dan yang penting maklumat kewangan sentiasa terjamin.
 

Wednesday, March 24, 2010

Hadis : Sabar Mencerminkan Keimanan

 
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)
iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.
v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah. 

Rahsia Personaliti Melalui Tulisan

Tulisan berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Condong tulisan Tegak
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampumembuat keputusan dengan wajar dan tepat
.

Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

Saiz tulisan Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Saiz tulisan Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Tuesday, March 23, 2010

Sony Ericsson Xperia X10 Model Android


SONY Ericsson memperkenalkan tiga model terbaru telefon bimbit pintar terkini dalam Xperianya iaitu X10, X10 mini dan X10 mini pro.X10 ialah model perdana bagi pengeluar terkemuka itu yang dijangka mula memasuki pasaran menjelang April depan.
Platform pengalaman pengguna (UX) baru yang dimasukkan untuk operasi ketiga-tiga X10 ini membolehkan pengguna menganjurkan semua aplikasi mengikut kehendak mereka dan menemukan lebih banyak lagi pengalaman baru yang lebih terbuka, kemanusiaan dan intuitif.Sistem terbuka berasaskan Android ini menggabungkan ciri hiburan terbaik dalam kelasnya dengan pelbagai aplikasi menyeronokkan termasuk perkhidmatan rangkaian sosial dan antaramuka yang diperkaya dengan grafik.
Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Portfolio Pengguna Asia, Sony Ericsson Mobile Communications International, Maurice van Tholen, penggunaan sistem terbuka berasaskan Android adalah satu daripada strategi Sony dalam pembangunan telefon bimbit yang mudah diterima ramai.
"Kepelbagaian model dalam satu siri itu pula adalah sebagai memenuhi pelbagai keperluan pengguna masa kini. X10 adalah model bersaiz penuh, sementara X10 mini bersaiz lebih kecil dan X10 mini pro pula bersaiz kecil dengan pad kekunci QWERTY," katanya.Ketiga-tiga model memiliki ciri dan fungsi yang sama, malah dilengkapi skrin LCD TFT peka sentuhan tahan calar.

Tuesday, March 16, 2010

World Trade Centre

Cuaca Panas diMalaysia Pada Ketika Ini..


Memang terasa betul cuaca panas hari ini. Anda pula macam mana? Inilah yang dinamakan satu rahmat yang sangat berharga apabila hujan turun mencurah-curah di Malaysia ketika ini.  Satu kenikmatan yang tidak terkata atas rahmat yang diturunkanNya. Saya sendiri satu hari sekali ganda minum air masak berbanding hari-hari sebelum ini. Yang pastinya penjual air batu campur (ABC) dan cendol untung besar. Begitu juga penjual penghawa dingin.

Inilah yang dinamakan global warming. Ya…Bumi sudah tua teruk. Siapa yang punya angkara? Kita sendiri juga. Kurang kesedaran dalam pada masa yang sama pembangunan yang dijalankan tidak selari dengan pemeliharaan alam sekitar. Itu sebabnya sekarang ini, lepas satu-satu bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Dan yang terbaru, kejadian bencana Tsunami di Chile.

Itu sebabnya, apabila diadakan program seperti Earth Hour 2010 nanti, sama-samalah kita libatkan diri. Ya…kalau dilihat dengan tempoh masa hanya 1 jam, apalah sangat yang boleh dilakukan sepanjang program Earth Hour 2010 itu berlangsung. Tetapi, sekurang-kurang kita BERTINDAK daripada sekarang!!

Nasihat untuk saya sendiri dan juga kepada pembaca semua di saat cuaca panas hari ini:
  1. Minum air masak yang banyak. Elakkan diri daripada minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh mengakibatkan anda dehidrasi (kekurangan air yang melampau). Selain air mineral, teh herba atau pun jus boleh segarkan badan tubuh badan anda.
  2. Rancangan kegiatan luar anda. Elakkan kegiatan luar yang berlebihan
  3. Kurangkan makanan yang berprotein tinggi kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan anda.
  4. Memakai pakaian yang berwarna cerah dan terang. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari
  5. Ini pula melibatkan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak ditinggalkan secara bersendiran di dalam kenderaan walaupun untuk jangkamasa beberapa minit.
  6. Anda, ada nak tambah yang lain?

Saturday, March 13, 2010

Nokia C5 mudahkan hubungan

NOKIA Corp memperkenalkan Nokia C5, telefon bimbit pintar yang pembangunannya dioptimumkan untuk kegunaan rangkaian sosial dan perkongsian.

Peranti kompak ini dirangkumkan dengan pelbagai perkhidmatan mudah alih Nokia termasuk sistem navigasi bebas yang dimasukkan ke dalam pakej mampu milik.Dengan capaian langsung ke senarai kenalan di atas skrin utama dan status Facebook yang boleh dilihat dari buku alamat, Nokia C5 membolehkan pengguna terus terhubung dengan orang yang paling penting dalam hidupnya.

Mencapai laman sosial seperti Facebook dan MySpace adalah mudah dan cepat, sementara pesanan segera dan akaun e-mel dari Ovi Mail atau lain-lain penyedia e-mel boleh diperoleh menerusi Nokia Messaging.Nokia C5 didatangkan dengan versi terkini sistem pemetaan Ovi Maps untuk petunjuk arah ketika berjalan atau memandu kenderaan, termasuk kemudahan berkongsi lokasi dengan rakan di Facebook. 

Spesifikasi 
  • WCDMA 900/2100 withHSDPA/HSUPA
  • GSM/EDGE 850/900/1800/1900
  • S60 platform 3rd edition
  • 2.2 inch QVGA (320 x 240) display with up to 16.7 million colours
  • Up to 50 Mb user memory
  • Support for up to 16GB microSD memory card
  • 3.2 megapixel camera
  • VGA video capture at up to 15fps
  • Integrated A-GPS, Bluetooth 2.0, Micro-USB connector, 3.5 mm Nokia AV connector
  • Supports Ovi Mail, Windows Live Hotmail, Gmail and Yahoo! Mail via Nokia Messaging
  • Chat via Instant Messaging services like Google Talk and Windows Live Messenger
  • Update your Facebook profile and check your friends´ status updates directly from phonebook
  • Ovi Maps 3.0 with free Walk and Drive navigation, location sharing with friends on Facebook
  • 12.3 x 46 x 112 mm
  • 89.3g

Cara-cara Nak Cover Malu


1.Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2.Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3.Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4.Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5.Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang anda.... 

6.Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7.Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....
 

Friday, March 12, 2010

Samsung Perkenal Netbook N220 dan N150


SAMSUNG membuka tirai tahun baru 2010 dengan menampilkan dua model netbook di bawah siri N terbarunya iaitu N220 dan N150 menerusi pelancaran Samsung MyCity 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengenalan dua siri N-Netbook ini dilihat sebagai keyakinan Samsung untuk meningkatkan penguasaan pasarannya dalam industri ´komputer mini´ selaras pendekatan industri lain yang yakin jualan netbook dijangka terus meningkat tahun ini.Menariknya, siri N ini bukan hanya tampil dengan rekaan lebih bergaya bagi menarik perhatian, namun ia turut menawarkan prestasi terbaik untuk segmen netbook seperti keupayaan bateri yang tahan antara lapan hingga 12 jam.

Ia ditambah dengan keupayaan prosessor Intel Atom N450 dan disokong Intel GMA3150 untuk grafik yang sekali gus membolehkan kedua-dua model menyokong penggunaan sistem operasi Windows yang terbaru, Windows7.Di sebalik reka bentuk nipis dan ringan, siri ini menawarkan kapasiti storan 250 GigaBait (GB) dan skrin.WSVGA seluas 10.1 inci (1024 x 600) menggunakan cahaya belakang diod pemancar cahaya (LED).

Keistimewaan pada skrinnya jelas membuktikan pembaharuan dalam teknologi paparan Samsung apabila mampu memberikan kejelasan paparan imej yang optimum, walaupun dalam keadaan terlalu cerah atau gelapdengan menghapuskan sepenuhnya kesan silauan cahaya luar. Sistem audio Samsung juga tidak mengecewakan menerusi pembesar suara saluran 2.1 binaan dalaman yang bakal memberikan kepuasan pengguna mendengar muzik.

Pelbagai pilihan pemindahan data turut ditawarkan seperti tiga slot USB 2.0, Bluetooth 2.1+EDR, slot kad memori tiga dalam satu serta sambungan tanpa wayar 802.11bgn. Kedua-dua model N-Netbook ini akan mula dipasarkan di negara ini bulan depan pada harga RM1,299 bagi N150 dan RM1,499 untuk N220, yang mana kedua-duanya hanya berbeza berdasarkan keupayaan maksimum bateri masing-masing.
 
  • Windows 7 Starter
  • Intel ATOM Processor N450 (1.66GHz, 667MHz, 512KB)
  • 1GB DDR2 memory
  • 10.1" WSVGA (1,024 x 600), Non-Gloss, LED Back Light display
  • 250GB (5,400rpm S-ATA) HDD
  • 802.11b/g/n
  • Bluetooth 2.1 + EDR
  • 0.3MP Web Camera
  • 3-in-1 (SD, SDHC, MMC)
  • 264.0 x 188.0 x 25.3 - 26.7 mm
  • 1.24 kg

Rahsia Personaliti Dari Bulan Kelahiran Islam

 
MUHARRAM
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat. 

SAFAR
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.
 

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
  

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga
.

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
 

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat. 

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
 

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.
 

Thursday, March 11, 2010

Sony Unveils 4 New Vaio

Sony Vaio Baru Lebih Mantap


SONY melancarkan laptop VAIO siri Z, S, F dan Y dengan ciri terbaru iaitu butang khas untuk mengaktifkan Galeri Media bagi menikmati foto, video dan muzik dengan pantas.

VAIO siri Z yang mempunyai keupayaan tinggi didatangkan dengan pemprosesan terbaru Intel iaitu Core i7 dan dilengkapi pemacu Quad SSD yang enam kali lebih pantas berbanding HDD ketika memindahkan data.
Manakala VAIO S yang mempunyai empat warna pilihan iaitu merah jambu, hitam, putih dan hijau sesuai untuk penggunaan pejabat atau peribadi dengan saiz 13 inci diperkasakan pemprosesan grafik NVIDIA GeForce 310M. Laptop untuk hiburan pula boleh diperoleh menerusi siri F yang menggunakan kehebatan definisi tinggi penuh (Full HD) disesuaikan dengan paparan besar bersaiz 16.4 inci.
Siri Y pula berpadanan kepada mereka yang menginginkan laptop bersaiz kompak dengan jangka hayat bateri lama sehingga sembilan jam.

Wednesday, March 10, 2010

Melindungi Maklumat Daripada Ancaman Spam

 
PEMILIK akaun e-mel pasti pernah menerima mel elektronik yang dihantar daripada alamat pengirim yang tidak dikenali dan sering kali dikaitkan dengan e-mel spam.

Kebiasaannya, e-mel yang dihantar daripada pengirim tidak dikenali itu mengandungi pesanan mel yang tidak memberi sebarang makna atau mempunyai unsur boleh mengancam keselamatan pemiliknya.Bagaimanapun, perlu diingat penerimaan e-mel seumpamanya juga boleh dihantar daripada pengirim yang dikenali apabila ia digunakan oleh program yang boleh mengancam dan berniat jahat. 

Ciri e-mel spam yang dimaksudkan itu mampu menarik perhatian pengguna dengan mendorong mereka untuk membeli produk atau menyaran pemilik akaun untuk mendaftarkan diri bagi perkhidmatan yang ditawarkan.
Ada kalanya, ia turut dilengkapi fail lampiran dan laman web yang menghubungkan pengguna dengan program berbahaya dan memiliki unsur ancaman yang boleh mendedahkan identiti peribadi pemilik.
Kepada pengguna biasa, adalah sukar untuk menentukan sama ada e-mel yang diterima itu memiliki ciri mel Spam. 
 
Cara untuk mengenalpasti mel Spam dapat dilihat berdasarkan penggunaan nama unik bagi tajuk e-mel yang dihantar bagi menarik perhatian pengguna untuk membukanya.Jika anda berdepan dengan situasi itu, saranan Tip IT adalah `Jangan Buka´ e-mel terbabit sehingga identiti pengirim dapat dikenal pasti.

Ciri e-mel spam dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan rangkaian ayat yang disengajakan dieja dengan salah bagi mengelirukan program antispam yang dipasang di dalam komputer pemilik.
Selain itu, pendekatan yang sama digunakan bagi mendapatkan maklumat peribadi pemilik e-mel menerusi penghantaran pesanan yang dikenali Phishing.Ia adalah proses penghantaran e-mel spam berunsurkan penipuan apabila kebiasaannya datang daripada pihak bank atau institusi kewangan tanpa pengetahuan mereka.

Jika e-mel seumpamanya diterima, pastikan laman web yang dihubungkan itu adalah asli terutama apabila ia datang daripada pihak bank.Sehubungan itu, pelbagai komponen keselamatan turut dibangunkan pada
e-mel anda menerusi komponen penapisan spam bagi melindungi pengguna.Malah, bagi memastikan anda dilindungi, pengguna emel disarankan untuk memiliki lebih daripada satu e-mel.Ini bagi membolehkan anda mencuba laman web yang diterima berunsurkan mel spam itu, dengan didaftarkan menerusi pendekatan penggunaan latar belakang pemilik yang tidak tepat.Menerusi pendekatan itu, pemilik akaun e-mel dapat mengenal pasti sama ada e-mel yang diterima itu mempunyai unsur e-mel spam yang dimaksudkan.

Rahsia Personaliti Diri

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak


b) Personaliti Pendiam 
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
.


c) Personaliti Perasa
 Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat


d) Peramal 
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain
 

e) Personaliti pemikir
 Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
 

f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain
 

Tuesday, March 9, 2010

Dell M15X : Alienware Untuk Penggemar Video Game

 

PENGELUAR produk perkomputeran Dell, membawakan peranti khas untuk kaki ´game´ menerusi jenama Alienware yang merangkumi dua laptop bersaiz 15 dan 17 inci direka khas untuk visual berdefinisi tinggi.

Laptop Alienware M15x yang bersaiz 15 inci diperkasakan dengan pemprosesan baru Intel iaitu Mobile Core i7 dan turut ditawarkan bersama sistem grafik 1GB NVIDIA GeForce GTX 260M serta memori 8GB DDR3 1333MHz untuk mendominasi dunia permainan.

Dell turut menawarkan laptop bersaiz 17 inci menerusi M17x yang diperkasakan dengan sistem grafik ATI Mobility Radeon HD 4870 dan ATI CrossFireX meningkatkan prestasi grafik sebanyak 145 peratus bagi pengalaman definisi tinggi menakjubkan.

Kedua-dua peranti ini mampu bertahan sehingga tiga jam (untuk M15x) dan dua jam (untuk 17M) sekiranya pengguna menggunakan baterinya saja sebagai sumber tenaga.